Monday 29 June 2015

.. tahun pertama menyambut hari ibu dan bapa ..

assalammualaikum

alhamdulillah hari nih kita dah masuk kepada ramadhan yang ke 12. cepat kannn. syukur pada yang Esa kerana kita masih d beri peluang untuk menikmati kehidupan ini.

21 june yang lepas adalah sambutan hari bapa. bukan lah tie nak menyokong sangat sambutan nih. kita kann tak d galakkan untuk sambut kerana hari sejarah ini berasal dari negara barat. tapi kalau niat nak gembirakan hati ibu dan bapa tak der masalah. apapun yang penting niat. hari hari adalah hari ibu dan bapa.

tahun ini adalah tahun pertama tie menjadi ibu dan suhaizal menjadi bapa. alhamdulillah kami bahagia dengan kehidupan kami sekarang. syukur pada Allah atas kurniaan Arriana Nurqaleesya pada kami.

hubby, mommy doakan sayang akan menjadi papa yang terbaik buat anak kita. semoga papa akan menjadi papa yang bertanggungjawab, penyayang, beriman serta mendidik dan menjadi imam dalam keluarga kita. aminn. mommy dan qaleesya sayang papa :)

tok kangar hadiahkan mainan telephone nih. bukan main asyik letak ganggang dekat telinga. pastu tekan tekan ader bunyi and lampu. lagik lah seronok die mengetuk mainan tu. tak sampai seminggu, confirm rosak. hahaha

budak nih bangun sahur awal. mommy letak diam diam dalam katil die. puas main mainan yang ader

yang nih paling kelakar. hubby kata qaleesya tido sebijik macam mommy tido time preggy dulu. yeke papa? haha

dah ready nak ke rumah maktok simpang. budak masam tak mandi :)

gambar dua hari lepas. bangun tido terus main anak patung pemberian kakak syazana, anak kak mala

mommy belikan baju yang belah kanan nih. tapi lepas try, kain tu agak ketat and nampak macam qaleesya tak selesa. then mommy pergi tukar ambil yang warna kuning nih pulak ( gambar kiri ). kain yang nih besar dan nampak die selesa. tapi qaleesya belum pakai kemana mana lagik. gambar nih just ambil time sarungkan sekejap baju pada die

tokwan belikan kerusi untuk qaleesya makan. die duduk kat kerusi nih time berbuka. tak der lah mommy nak makan sambil pegang anak. bukan tak tahu, over aktif sungguh si anak dara nihh

qaleesya follow mommy and maktok ke kedai

qaleesya dan azim. dorang beza 6 bulan tapi lahir pada tahun yang sama.

semalam kakak linda tie balik dari peneng untuk berbuka puasa d rumah. first time dorang jumpa qaleesya

weekend baru baru nih, mommy denda qaleesya baca buku jerk. stay kat rumah jerk. hahaha

 lagik beberapa hari saja lagik anak mommy akan masuk 10 bulan. pantas masa berlalu

sengihh bukann mainn

qaleesya ikut taukey tudung pergi beli kain

anak amoi pakai tudung

selit gambar juadah berbuka semalam
ikan jenahak bakar, ayam golek taman kemajuan dan sotong goreng kunyit

moga ramadhan kali ini akan membawa seribu makna buat kita semua.

No comments: