Friday 10 July 2015

.. arriana nurqaleesya 10 bulan ..

assalammualaikum

hari ini kita dah 23 ramadhan. hanya tinggal beberapa hari sahaja lagik untuk kita beribadat sebanyak mungkin d bulan yang penuh mulia ini. jangan sesekali kita lepaskan peluang yang Allah berikan pada kita. semoga kita menggunakan setiap masa yang ada dengan penuh manfaat.

3 julai yang lepas, umor anak mommy sudah mencecah 10 bulan. alhamdulillah. syukur dengan apa yang ada. tie dan hubby cuba sebaik mungkin menjadi ibu bapa yang terbaik buat qaleesya. dapat melihat anak membesar dengan sempurna d depan mata adalah keinginan setiap ibu bapa.

dia pun sibukk jugak bila nak berbuka puasa

tie dah tak boleh nak berbuka puasa d dapur, tak boleh makan d meja makan sebab qaleesya dah tak nak duduk lansung. pasti dia nak mengamuk kalau letak die kat kerusi. so terpaksa lah makan kat bawah. kat ruang depan. senang biarkan dia berlegar time kami makan.

menu berbuka weekend bebaru nih
sambal udang, ikan jenahak bakar, ikan kembung bakar, ikan pari bakar, telur rebus, sotong kecik goreng kunyit, sayur, ulam ulaman and sambal belacan.

qaleesya dah boleh berdiri sendiri. walaupun tak lama, die tetap akan cuba berdiri berkali kali. mulut pun makin aktif. macam macam bunyi yang keluar. ntah apa yang die sembangkann. haha

qaleesya follow mommy pergi klinik

yang paling die selalu buat sekarang, bila mommy sebut claps ur hand, flying kiss, bye2 and blink ur eyes. bab mengemas baju dan rumah macam biasa. memang kena pantau, kalau tak habis lah berselerak.

masuk 10 bulan nih, die dah pandai tak kasi mommy ikat rambut. letak cekak rambut or sepit pun tak boleh. mesti nak marah and tarik. kirenye lansung tak boleh sentuh lah rambut die tu. rambut depan pulak dah panjang and mula masuk mata. so mommy terpaksa gunting rambut depan qaleesya. sorry yer sayang. isau pulak bila rambut dah mula masuk mata. bahaya kann. tapi gunting pun jadi tak sama sebab anak dara nih lansung tak duduk diam

sebelum nih ramai yang cakap qaleesya macam hubby sebijik. tapi baru baru nih lepas potong rambut depan die, kitaorang nampak muka die dah berubah macam mommy. lawakk tengok gambar mommy dulu dulu. macam nak sama kann?! haha

hari tu pergi beli baju raya kat qaleesya. papa nak sangat belikan set cenggini kat anak die. ini dah macam arrian, bukan arriana. hahahha

mommy layankan tekak papa teringin nak makan nasi kandar yasmeen kat arau. qaleesya tak follow sebab lepas makan kitaorang terus ke klinik. balik tu baru ambil and bawak die jenjalan

bersungguh kacau paksu hilman die buat homework

qaleesya nih susah sikit kalau nak makan nasi or nestum. die lebih suka roti. kadang2 mommy paksa jugak makan nasi. susah hati bila die kurang gemar dengan makanan asasi nih

qaleesya suka sungguh dengan buku. bagi lah buku apa pun, semua die nak baca. pastu mula lah bising mulut die tu. ibarat macam tengah baca buku. hahaha

selit gambar berbuka semalam

farah datang rumah and bagi tahu nak makan nasi ayam. last minute mak buatkan. walaupun bahan tak berapa nak lengkap, licinn jugak kami makan. haha salad pun tak der weh. sambal telur kegemaran tie pun ader okeyh :)

lepas magrib tie bawak mak and farah keluar cari barang and cuci mata nak raya. anak dara mommy macam biasa, aktif sepanjang masa. nasib baik ader papa nak dukung anak. kalau tak, confirm mommy pengsan.

duit raya pertama qaleesya

selalunya setiap tahun tie akan kasi duit raya buat anak anak saudara, anak anak kawan, budak budak yang datang beraya kat rumah. tapi tahun nih tahun pertama beraya dengan anak and tahun pertama tie menerima duit raya buat qaleesya. sedikit kelainan sebab selalunya memberi tapi kali nih menerima :)

doa mommy and papa sentiasa untuk kamu sayang. semoga Allah panjangkan umor, murahkan rezeki dan jadikan kamu anak yang bijak dunia akhirat. aminn

No comments: