Friday 11 September 2015

.. birthday party for arriana nurqaleesya ..

assalammualaikum

ini entry berjuta gambar!

hari sabtu yang lepas, 5 september 2015 berlansungnya majlis sambutan hari lahir yang pertama arriana nurqaleesya. asalnyer kami masih was was untuk buat majlis atau tidak untuk birthday qaleesya. masing masing tak confirm and tiada kata putus. tapi tak sangka akhirnya jadik jugak majlis untuk qaleesya. alhamdulillah

family in law request untuk buat majlis d rumah mereka. katanyer time aqiqah hari tu dah buat d rumah tie. so untuk majlis kali nih, kita buat d simpang empat pulak. mommy and papa memang tak kisah. kitaorang okeyh jerk :)

jom tengok serba sedikit preparation last minit dari kami untuk majlis anak dara kesayangan nih

beberapa hari sebelum majlis, tie buat kan kad jemputan ringkas nih untuk saudara, rakan pejabat and kengkawan. kononnye nak buat kad jemputan lelawa siap letak gambar anak, tapi semua tu berangan jerk okeyh. hahaha. last minit punya hal, cenggini lah rupa kad jemputannya.

dua hari sebelum majlis, mommy sibuk print kan benda alah ini. kemudian kena guntingkan pulak satu satu. alahai anak punya pasal. mommy buat slow slow :)


bila siap gunting, mommy lekat d beg goodies nih untuk kasi pada budak budak yang datang. kat dalam nyer mommy letak mainan alibaba dan air nutrigen.

meja untuk letak goodies, props and guest book

selain tu, mommy jugak prepare kan guest book untuk qaleesya. nampak tak kegedikkan mommy?! haha. ala modal nye kecik jerk, beli buku lukisan yang nipis tu, then print la cover depan tu. senang jerk kan?

dan dan yang paling penting adalah baju untuk qaleesya pakai d hari majlis hari lahir. tema merah putih menjadi pilihan mommy and papa. kebetulan memang ader gaun dan kasut yang sesuai dengan tema, memang kami rembat yang nih

ini pulak design ringkas untuk banner. mommy minta husband aya yang buatkan banner. die jugak yang buat kan banner time mommy kawen dulu. so boleh lah dapat diskaun sikit. hee. thanks adnan!

dua hari sebelum majlis, mommy siapkan stand birthday nih. thanks papa tolong mommy bab lekat melekat. boleh la kan? simple jerk :)

tukang masak utama dalam majlis ini adalah bonda tersayang tie. jadi bila masak d rumah kangar, majlis d rumah simpang, tie dan hubby adalah orang paling kalut kesana kesini ulang alik. jumaat malam, kitaorang buat apa yang patut d rumah simpang. then balik rumah, tolong mak sediakan bahan untuk masak.

esok paginye, ke simpang pulak untuk ambil kerusi meja dan kemas apa yang patut. tengah hari balik kangar untuk ambil makanan yang dah siap d masak and hantar ke rumah simpang. alahai penat jugak lah weh! baru kenduri kecik. kalau kenduri anak kawen tie tak tahu lah macam maner! hahaha

dan inilah meja untuk potong cake + dengan candy corner. banner tu ngam ngam pulak nampak bila letak kat dinding tepi rumah nih. stand pulak tie letak d bahagian kiri meja. sebelah nyer ader meja untuk guest book, phootobooth and goodies.

meja untuk tetamu kitaorang letak d tempat parking kereta. lori abah tu maintain kat situ. abah kata tak payah ubah :)

sekitar susun atur d majlis sambutan hari lahir arriana nurqaleesya

lepas solat zohor, mommy siapkan anak dara mommy tu dulu. then lepas pastikan semua telah terhidang baru lah mommy and papa boleh siap. awal tu bukan main penat bersilat nak buat itu ini. tambahan pula kitaorang asyik ulang alik dari simpang ke kangar.

majlis berlansung pada pukul 3 petang. ramai jugak tetamu yang hadir. tie just panggil officemate and kengkawan rapat. hubby pulak jemput kawan kawan bola. and tetamu yang lain semua dari panggilan dari family in law tie. alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. sampai ke malam lah orang datang.


bergambar dengan anak dara dulu sebelum acara potong cake

acara potong cake oleh bitrhday gurl. bukan main susah nak minta die potongkan cake tu. aktif lain macam. haha!

jenuh lah mommy and papa nak pegang si qaleesya nih time nih. die nak turun ke meja tu and nak ambil semua candy yang ader. seronok agaknye tengok banyak makanan atas meja tu

alang anis yang sponser cake birthday for qaleesya. untuk candy, kek coklat and cupcake memang mommy yang sediakan

nak jugak bergambar berdua. rasa macam baru semalam kita bernikah sayang, tak sangka hari nih anak kita dah setahun. syukur alhamdulillah

jom tengok gambar kami sekeluarga bersama birthday gurl


qaleesya lansung tak nak senyum. mungkin die terkejut sebab ramai orang yang datang and tumpukan perhatian kepada die. ader yang dukung and peluk cium. dan die pun dah naik letih and bosan. muka pun tak nak senyum

gambar tie bersama family in law


family dari kangar

ader pulak tetamu yang datang and bawak orang jepun nih

gadis jepun datang kenduri qaleesya :)

mama suria and ibu husna d majlis qaleesya

suria and husband, husna and family with family kecil mommy

ini pulak keluarga abg yen. thanks sudi datang!

anak abg yen tengah kasi wishes kat guest book

nampak orang jerk, si qaleesya nih mesti hulurkan tangan nak salam. tak henti henti pulak hulur tangan die tu

antara menu yang dihidangkan adalah gulai itik, ayam masak merah, gulai ikan kering, sayur manis buah betik, ikan kembung goreng, laksa, kuih muih, sambal belacan dan ulam ulaman.

mak tie masak kan gulai itik dan ayam masak merah. menu yang lain mak mertua and then geng yang masakkan. alhamdulillah sedap hingga menjilat jari!

acu fieza dan kawanyer

sementara ibu husna menjamu selera, mommy kena jadik pengasuh sekejap yer

raziq nak ngorat qaleesya ker?!

kasut pulak tertanggal

ader gaya nak tambah anak tak?! hahahha

ramai jugak tetamu yang datang. terima kasih semua

qaleesya dan maktok salwa

layankan gambar birthday gurl yang tak nak senyum nih


kalau korang perasan gambar kasut qaleesya kat atas tu ader bunga kan? nih ha dah tak der bunga. baru jerk pakai kejap, die dah tarik bunga tu. alahai anak. jadi kosong la kasut die


gambar nih mommy paling suka!!

kak noura dari TAD Arau

mama ida datang jugak. cuma time nih cameraman dah balik. so ambil gambar pakai phone jerk la jawabnyer.

thanks ida for coming!

yang nih die dah mula senyum balik. tu pun sebab naik brooombroom die kat halaman rumah

rasa nyesal pulak pakai baju cenggini sebab nampak mommy gemok sangat. rasanyer mommy tak der lah segemok nih. hahaha. dasar tak terima kenyataan! salahkan baju pulak yer!

nyawa dan cinta hati mommy. moga kebahagiaan ini milik kami selamanya

then dalam pukul 6.30 petang cenggitu, mommy mandikan and tukar baju qaleesya. die dah nampak tak der mood sangat and dah rasa tak selesa. kesian pulak tengok anak mommy.

lepas siap bagai, haa baru lah ceria and senyum bukan main. rupanya die dah naik rimas and tak selesa. sebab tulah muka masyam bukan main

banyak jugak hadiah yang qaleesya dapat. ader yang bagi hadiah berupa tunai. terima kasih semua :)

mana satu saya nak buka nih mommy - arriana nurqaleesya

ader orang kasi hadiah hippopo lah mommy - arriana nurqaleesya

dan ini adalah hadiah dari mommy untuk qaleesya. mommy tukar gelang lama kamu then tambah duit sikit untuk gelang baru

mommy sengaja nak ambil design cenggini sebab nak sedondon dengan gelang mommy :)

qaleesya bukan main lagik, bila mommy kata mana gelang, die pun goyang goyangkan tangan die tu sambil tengok gelang tu. haha. dasar anak mommy!

alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. terima kasih kepada yang sudi datang dan terima kasih jugak kepada yang membantu secara lansung atau tidak lansung dalam menjayakan majlis sambutan hari lahir arriana nurqaleesya.

selamat hari lahir yang pertama arriana nurqaleesya!

No comments: