Wednesday 7 October 2015

.. arriana nurqaleesya @ setahun sebulan ..

assalammualaikum

macam macam dugaan yang berlaku sejak dua menjak nih. bermula dengan dugaan bencana banjir yang melanda d kampung tie. hujan tak lah hari hari. tetapi d sebabkan dorang lepaskan air empangan timah tasoh. habis air turun ke bandar. tambahan pula rumah tie berdekatan dengan sungai denai larian perlis. bila air sungai naik, dah confirm air tu akan mengalir ke kampung tie.

banyak jugak kerugian yang kami alami. seluruh kampung dah macam pulau beb. sawah depan rumah macam pantai. hahaha. air masuk kesemua bahagian d dalam rumah tie kecuali d bilik dan ruang tamu.

tie memang ambil tindakan dengan membuat aduan d balai polis. bila ada report nih, boleh lah d gunakan bila perlu nanti. tie jugak ambil cuti bencana banjir sebanyak empat hari. bukan senang weh. bila dah habis banjir, kena mencuci lah pulak. memang penat!

time nih baru balik buat report. kitaorang kena parking kereta dan moto jauh dari rumah. then kena lah jalan kaki meredah air ke rumah. memang mencabar weh! lintah banyak tau!

kawasan depan rumah tie. muka memang maintain senyum. padahal dalam hati bedebar weh! takut lintah!

selesai dugaan banjir, sambung pulak dugaan hubby sakit. siap pergi berubat kat kedah lagik. tapi alhamdulillah sekarang dah sembuh sepenuhnya.

ain dan wan datang ke rumah time aidiladha yang lepas. tie tak sempat pun nak berbaju kurung. haha. padahal mood nak beraya tu dah hilang. sebab rumah baru jerk lepas banjir kan. bukan senang nak mencuci weh.

papa zal dan abah wan

then, hari raya ketiga tie dapat tahu kena pergi kursus d taiping selama seminggu. dugaan lagik. kali nih dugaan kena berjauhan dengan anak dan suami. raya keempat tie bertolak ke sana. nanti tie update entry kursus

entry pasal qaleesya, tapi dah macam entry dugaan pulak! hahaha. berbalik kepada qaleesya, alhamdulillah anak mommy dah mencecah usia setahun sebulan. jalan pun bukan main laju lagik. time sebelas bulan qaleesya dah mula berdiri and jalan beberapa tapak. tapi die betul betul cekap berjalan pada umo setahun sepuluh hari. alhamdulillah

hari tu bawak die ke pasar pagi, bukan main suka bila tengok ader arnab kat situ. berani betul die. siap pegang usap usap lagik

 
mommy ajak balik, die buat tak tahu jerk. nak tengok arnab punya pasal.

mommy nak kena beli ker? nak kena bela ke? nanti mommy tanya papa lah. kesian pulak tengok bila qaleesya suka benor dengan arnab nih

bukan main susah nak bagi die tengok camera sekarang. tak macam dulu, suka bergambar :(

gigi atas dah ader 4, dan gigi bawah pun 4. and baru baru nih tambah pulak dengan gigi graham d bahagian kiri. puas lah menggigit wahai anak

sejak dah boleh jalan nih, susah nak ambil gambar. sebabnyer die sentiasa bergerak. tak nak stay diam diam lansung. macam tu lah budak budak kann

selit abang ipar belanja makan malam tu

mommy and qaleesya follow papa main bola. tapi sampai jerk padang, die boleh pulak tdo. so tunggu jerk lah die bangun.

nih bila ank dara dah bangun.

ain pun datang jugak. boleh lah qaleesya main dengan firas

firas dan qaleesya lahir pada tahun yang sama tapi beza dalam empat bulan macam tu lah

mulut die memang tak behenti. ada jerk bunyi. mommy still tak pandai sebut lagik. tapi papa dah boleh. pastu ader lah bahasa bahasa die . comel jerk dengar :)

ader hati nak main ni ha. tak nangis pulak tu

qaleesya follow maktok ke tesco

buncit dan tonggek. hahaha

makin hari ada sahaja perkara baru die buat. alhamdulillah time nih lah sel sel otak nak berkembang kan. moga kamu menjadi anak yang bijak qaleesya! mommy papa love u!

balik dari kursus, tengok ada suprise present dari kak deela and kak hajar. dorang kasi hadiah sempena birthday qaleesya. thanks yer kakak kakak ku sayang. dan dan panggil sayang. hehehe.

selit gambar family kecil mommy. papa pakai baju baru yang mommy belikan. bukan main suka lagik

nih pulak kitaorang pergi tesco sekejap. then singgah makan d food court tesco. qaleesya tak ikut sebab die follow maktok and tokwan ke jitra. dating berdua lah mommy and papa. nih pun baju baru untuk papa.

alamak, esok birthday papa lah. hadiah lambat sikit yer. duit dah habis pergi taiping hari tu

No comments: