Thursday 8 October 2015

.. kursus @ tmtc taiping kali kedua ..

assalammualaikum

28 september yang lepas, sekali lagik tie perlu menghadiri kursus di tmtc taiping. ini adalah kali kedua tie ke sana selepas training icp yang lepas. memang agak mencabar sebab sekali lagik tie terpaksa berjauhan dengan qaleesya selama seminggu. kalau dulu tie pergi, die kecil lagik. tapi sekarang dah besar, dah pandai sedih and nangis kalau kena tinggal.

latihan nova, octis & mimosa northern

 
selain dari hubby and qaleesya, abah and mil pun ikut sekali hantar tie ke alor star. tie ke taiping dengan ainur, staff tmpoint alor star. alhamdulillah ade jugak geng d sana nanti. buat teman selama seminggu. bukan tak kenal, tie memang penakut orang nyer :)

kami bertolak dari alor star lebih kurang 3.30 petang. kebetulan pulak time tu sibuk dengan perayaan aidiladha, jalan memang tersangatlah jem. hampir pukul 8 malam jugak kami sampai d taiping.

esoknya, hari isnin, bermula lah class pertama. tenaga pengajar adalah kak Ida Izzura dari tmpoint butterworth

tie dan ainur

lepas class, kitaorang rehat dulu d bilik, malamnyer after magrib baru kitaorang keluar ke aeon mall taiping. niat nak keluar makan jerk pun. jadinya kitaorang terus tuju ke food court.

 
menu makan malam kami pada hari isnin

mommy dan ainur

siap makan, kitaorang singgah kejap d daiso. mulanyer nak tengok tengok jerk. tapi bila sekali terbekenan, so mommy pun borong sakan :)

sampai dua beg plastik tau. hahahha

malam tu balik bilik, tengok tengok ada air keluar dari lantai. memang pelik. so terpaksa kitaorang tukar ke bilik lain. kena kemas and pindah barang barang pulak. memang letih beb.

esoknya class d hari kedua macam biasa. muka maintain senyum, padahal dalam hati, mommy menjerit rindukan qaleesya!

 
lepas asar kitaorang ke taiping sentral bersebelahan dengan tesco taiping. tapi kali ni tie bukan berdua dengan ainur, ader dua orang lagik yang join. ida dari tmpoint ipoh dan syud dari tmpoint tapah. dorang pun memang sempoi and sekepala dengan kami. lagipun memang kami berempat jerk yang stay d hostel. yang lain semuanya ulang alik dari rumah.

lepas memborong d tesco, kitaorang lepak d mcd

then, dan lagik wehh kami tengok movie malam tu. citer polis evo lakonan hebat suhaizy sam and zizan razak. memang terbaik korang! kelakar sungguh! gelak jerk kerja nya!

hari rabu kitaorang ke class seperti biasa. balik tu siap makan maggi cup lagik. memang agak bosan bila stay d hostel. sebab tu lah kena keluar hari hari :)

kitaorang keluar berempat tapi naik kereta berasingan. first kami singgah kejap d kedai rm2 yang zaini pernah bawak dulu. geram tengok barang comel comel. mommy borong sakan jugak kat sni

then kitaorang makan d medan yang berkaitan balai bomba. kat sini memang famous dengan yong tau foo. memang kami tak ketinggalan untuk makan

sedap weh! habis licin!

ida dan syud! demo nih baru jerk kenal time kursus. tapi tengok rapat macam dah kenal setahun! hahahha

mommy and ainur

lepas makan, kitaorang ke tesco jap then baru lah balik bilik. memang penat. tapi kalau tak keluar, giler bosan weh stay kat bilik. tambahan tie dan ainur nih penakut. nak kemana mana kami berdua jerk bersama. nak pergi toilet pun sesama tau!

susu tie dah tak banyak macam dulu. tapi tie still kena pump. kalau tak nanti sakit lah kan. tapi tie just pump sehari sekali jerk. itu pun setiap kali lepas subuh

malam terakhir d taiping, tie dan ainur sekali lagik ke medan yang berdekatan balai bomba. kononnyer nak dinner kali terakhir d sini. siap order satay, tomyam, ayam masak merah and telur mata. banyak kan kami makan?!

tie gatal pulak pergi order banana split nih. sekali makan tak habis pun. sebab perut memang dah kenyang. tapi memang sedap!

 
class terakhir d hari jumaat. time nih bukan main tak sabar nak balik. lepas class, kitaorang bergambar reramai. tapi gambar mommy tak der, sebab mommy yang ambil gambar :)

kawan baik empat orang selama d taiping

thanks korang sebab jadi peneman tie selama d taiping

pukul 4 petang macam tu lah, kitaorang gerak balik. sebelum tu sempat mandi and kemas semua barang. pastikan tak der barang yang tertinggal! kebetulan jalan memang tak jem lansung. pukul 7 kami dah sampai alor star. tapi hubby tak boleh datang ambil lagik sebab die ader game bola. (saboo jerk lah kan )

 
sementara tunggu hubby, tie dan ainur makan d satay setia. sedap satay kat sini. teringat dulu time pregnant selalu datang makan. selain tu ader nasi ayam yang memang terbaik. haish bukan main promote. haha

abah and mil pun follow sekali datang ambil tie. first time jumpa qaleesya, die boleh buat tak layan kat tie. buat merajuk. sedih weh. lama jugak nak ambil hati die. lama lama baru nak kat tie. alahai anak. baru seminggu tinggal. kalau lama lagik, tak tahu lah macam maner :(

 
bukan main lagik anak mommy. bila papa nak bawak kami pergi cameron nih? asyik sibuk main bola jerk :(

mommy beli kat daiso. die buat tak nak pakai. lastly nanti, mommy lah yang pakai. hahahha

alhamdulillah selesai dah kursus seminggu. thanks syud and ida jadi peneman tie dan ainur. and terima kasih sesangat pada ainur jadi teman sebilik, teman makan, teman tido, teman pergi toilet and teman penakut. hehehe

No comments: