Thursday 4 February 2016

.. majlis perpisahan staff TMPoint Kangar ..

assalammualaikum

29 januari 2016 yang lepas adalah hari terakhir untuk que atau nama sebenar die adalah Nur Qamariah. que nih staff dari tmpoint sungai petani yang pindah ke tmpoint kangar untuk gantikan kak shima. baru sebulan jerk die stay d tmpoint kangar. tapi rezeki dan nasib menyebelahi que sebab dengan sekali interview sahaja que dapat tawaran kerja pembantu kewangan d UUM Sintok. alhamdulillah. dekat sikit dengan rumah die d kedah. tak payah ulang alik lagik ke kangar. tahniah beb!

selit gambar kitaorang bawak que pergi makan bihun sup fatin corner

then hari jumaat tu, kitaorang ader buat sikit makan makan sempena hari terakhir que. last minit preparation, nih jerk yang kami mampu buat untuk que. alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

air oren nih kita buat sendiri jerk. senang tak payah order air. kan kena jimat :)

menu yang ader adalah nasi tomato, ayam masak merah, daging masak hitam dan arca timun nenas

semua pakat tambah dua kali. hilang diet selama seminggu. hahah

yang kiri sekali tu alun, staff baru dari tmpoint jitra. nih geng makan awal. kononnya alasan nak makan dengan que, staff yang diraikan padahal perut menggigil kelaparan sebab tak breakfast :)

editing by mama eiyda. mommy copy kat facebook. heheh

sebelum balik, boss dan kak rakiah sampaikan sedikit cenderahati untuk que sebagai tanda terima kasih dan kenangan dari kami

gud bye que. semoga kamu berjaya dan selesa di tempat kerja baru. jangan lupa kami d sini. walaupun hanya sekejap que d sini, sudah terpahat kenangan bersama kami. terima kasih di atas segala jasa dan pertolongan selama que d tmpoint kangar.

 
mommy pakai selendang baru. beli dengan adik ipar. hahah.

geng giloo gamboo

selfie lagik

bab gambar, number satu weh!

tahniah sekali lagik buat que. then nak selit entry kitaorang ke majlis kesyukuran baby boy suria d sungai baru. majlis berlansung d rumah ibu mertua sebabnya suria memang stay kat sini selama tempoh berpantang.

berkumpul reramai kat meja makan. boss, kak rakiah dan pak tam pun datang. best jugak sekali skala makan beramai ramai cenggini.

memasing dah jadik mommy, ibu dan mama. tua dah weh! hahaha

bukan senang nak ambil gambar dengan anak masing masing. jenuh pesah orang perlis kata :)

mommy, ibu dan mama gojes la konon. hehehe

yang nih mommy paling suka. rasa kami cun sangat dalam gambar nih! hahahah saja nak buat syiok sendiri!

balik dari rumah suria, tie ke rumah mak ngah hubby untuk majlis aqiqah cucu perempuan yang baru seminggu dilahirkan. malam jugak lah balik kangar. isnin dah kerja. malasnyer :(

No comments: