Thursday 3 March 2016

.. kursus @ TMTC Taiping kali ketiga ..

assalammualaikum

15 hingga 18 februari 2016 yang lepas, sekali lagik tie perlu hadirkan diri ke tmtc taiping untuk kursus FAST NORTHERN. sekali lagik rasa sangat mencabar kerana terpaksa berjauhan dengan arriana nurqaleesya dan hubby. untuk kursus ke taiping kali ketiga nih, tie pergi dengan ainur dari tmpoint alor star dan dayah dari tmpoint sungai petani. dorang nih lah kawan sebilik tie time kali pertama tie pergi kursus ICP dulu. lega dapat geng yang satu kepala. kalau tidak, letih nak cari kawan baru jugak. 

macam biasa, qaleesya dah hubby hantar tie ke tmpoint alor star pada hari ahad. then tie dan ainur gerak ke sungai petani untuk ambil dayah. seterusnya kitaorang terus menghala ke tmtc taiping. sampai dalam pukul 5.30 petang cenggitu. kitaorang check in asrama dulu, masuk smua barang then barulah kitaorang keluar pergi makan.

hari pertama berkursus. fikiran melayang teringat qaleesya. yang paling sentap kali nih, time nak tido buat video call dengan qaleesya. die lari nak datang pada telephone nak peluk mommy. alahai memang menitik air mata mommy :(

tenaga pengajar kali ini adalah encik zarnan dari tm bukit mertajam dan puan azlina dari tm butterworth

dan lagik minta ainur ambilkan gambar time dalam class

hari isnin malam, kitaorang makan di kedai kemunting timur. memang keluar awal sebab nak tengok drama cinta siwedding planner lakonan hebat ady putra. memang kami cari kedai yang ader tv. puas hati dapat tengok jugak walaupun kami d taiping :)

lepas makan kitaorang ke aeon mall. mommy mesti akan singgah ke daiso sini. nak jugak habiskan duit kannnn!

ini antara hasil rembatan mommy di aeon mall. kemeja biru untuk hubby, tshirt leopard tu pulak kami beli sorang satu sama. kononnya nak pakai sama time balik nanti. kasut comel panda tu untuk qaleesya pakai dalam rumah. tie kan ader kasut frog untuk pakai dalam rumah then bila tie pakai die selalu nak ambil pakai kasut tu. ni haa mommy dah belikan kat die. pasni tak payah ambil yang mommy lagik. beg kecil membulu nih pulak tie beli sebab bekenan sangat. rasa geli tu ader tapi dah minat, beli jerk lah. mommy buat letak phone.

hari kedua kursus. pergi class macam biasa.

time lunch kitaorang keluar makan di selera warisan abah. memang best makanan berlauk yang ader. banyak sangat pilihan. dan yang paling famous kat sini adalah ikan patin masak tempoyak.

petangnyer kitaorang keluar awal jugak sebab nak mencari kedai makan yang ader tv. nak tengok episod akhir cinta siwedding planner. then baru lah kitaorang ke tesso dan taiping mall.

yang nih dan lagik lepak kat mcd taiping mall kejap sambil tengok perlawanan bola

mommy pakai kemeja and seluar baru. tapi memang dah tak cantek sebab mommy gemok kan. redha jerk lah. susah betul nak turun berat badan nihh

mommy beli baju untuk qaleesya

susu dah tak banyak tapi still kena pump. kalau tidak memang akan membengkak.

hari ketiga kursus d tmtc taiping

untuk malam terakhir di taiping nih, kitaorang keluar lepas magrib sebab dah tak boleh jamak. kitaorang ke kedai rm2 dulu. mesti nak singgah jugak setiap kali datang taiping. seronok tengok barang comel comel kat sini. dan dan dan gambar nih adalah hasil rembatan kitaorang tiga di kedai rm2. banyak kan :)

then, kitaoranng pergi makan di  KE Corner
tie jumpa Ila, kawan lama dari HQ. tapi sekarang die dah tak kerja dengan TSSSB. die dah balik kampung menetap di taiping. dah jadik business woman :)

comel sungguh anak ila. nama kaisa kalau tak silap. indu qaleesya sangat time nih

balik dari situ kitaorang singgah beli bungkus yong tau fu taiping di kedai berdekatan balai bomba. memang famous kat sini. tak sah kalau mai taiping tak makan yong tau fu dia.

then, sampai lah hari khamis, iaitu hari terakhir class d taiping. tak sabar nak habiskan class then boleh balik rumah :)

 
macam biasa, mesti bergambar reramai sebelum gerak balik

terima kasih buat cikgu and kawan semua. banyak ilmu baru yang kami dapat untuk kursus kali nih

kitaorang pakai baju sedondon time nak balik

ada hikmah tie dapat pergi kursus d taiping kali nih. gerak dari tmtc taiping, kitaorang tak terus menghala ke rumah. tie ajak ainur dan dayah ke changkat jering rumah kak dira. alang alang dah dekat, tie minta tolong dorang bawakkan tie pergi jumpa akak. dari hari tu lagik hati meronta nak pergi tengok kak dira. alhamdulillah dapat jugak jumpa dia.

time sampai rumah akak, die duduk atas wheelchair. nampak kurus sangat and memang nampak sangat die dalam kesakitan. time tu rasa nak menitik air mata, tapi tie tahan. dengar die cerita pasal kejadian kemalangan yang berlaku. memang menyayat hati. rupanya cerita dalam paper sinar hari tu lansung tak sama dengan cerita sebenar.

akak cakap, die tengah tido time kejadian. abang wan pun tak sedar yang die terlanggar lori. kak dira sedar bila die dah kat hospital. and nedya pulak meninggal dihospital selepas tak dapat nak diselamatkan. berlakunya pendarahan rasanya sebab darah banyak keluar dari telinga. sebelum kebumikan jenazah, abg wan bawak nedya ke ward kak dira stay sebelum kebumikan nedya. allah... memang berat dugaan akak. tie sendiri tak mampu nak bayangkan semua tu.

yang paling sedih, time nak balik, tie salam dan peluk akak. die bisik kat telinga tie sambil menangis. dia cakap " akak rindu nedya "... time tu tie tak mampu nak tahan lagik. memang teresak esak menangis. tie pesan akak kena kuat, akak kena sabar. die jugak minta tie doakan agar die cepat pulih seperti biasa. dan moga Allah beri kekuatan dan ketabahan pada kak dira dan abg wan untuk hadapi dugaan ini. semoga akak kembali pulih seperti sediakala. tie sentiasa doakan akak.

gambar kami bertiga sebagai penutup entry. thanks pada ainur dan dayah sebab jadik kawan tie d sana.

hubby ambil tie d alor star. alhamdulillah selesai seminggu berjauhan dengan anak dan hubby. terima kasih kepada family in law kerana tolong jagakan qaleesya sepanjang tie tak der.

selit gambar qaleesya yang dorang hantar kat tie time tie pergi kursus

hari hari dorang hantar gambar. update apa yang anak dara nih buat

selit jugak gambar esok nya mommy follow papa pergi padang bola

dua orang adik ipar tie pun follow sekali

qaleesya dan acu fiza

mommy dan qaleesya

qaleesya pakai baju baru yang mommy beli di taiping

seronok dapat tengok anak dah didepan mata. alhamdulillah syukur pada Allah. semoga anak mommy membesar dengan sempurna dan menjadi anak yang berjaya dunia akhirat. aminn

No comments: