Thursday 31 March 2016

.. majlis perpisahan PakTam @ TMpoint Kangar ..

assalammualaikum

hari selasa, 29 march 2016 yang lepas, kami staff tmpoint kangar adakan majlis perpisahan untuk pak tam, pengawal keselamatan tmpoint kangar. pak tam dah berkhidmat hampir 30 tahun di sini. banyak sangat jasa, pertolongan dan pengorbanan pak tam kepada tmpoint kangar.

tapi sebelum tu, kita main selit selit jap :)

selit dulu gamba makanan nih. tie bawakkan sambal telur, then kitaorang beli ayam goreng kunyit dan sayur campur nih. makan ramai ramai time lunch.

ini pulak ader sikit jamuan makan pagi. kami order mee goreng and teh tarik

Kak Intan dan Kak rakiah

selit lagik gambar mommy terjumpa suria and baby boy kat simpang empat. yang lawaknya, tak sempat nak selfie, anak dia dah menangis. tapi gigihkan jugak nak bergambar. and cengginilah jadinya. hahah

ini pulak kisah  mommy and mama eiyda ke jitra. kitaorang pergi beli kain untuk uniform hari jumaat. baju yang lama tu dah lusuh :)

pilih punya pilih, ini lah pilihan yang mommy and mama berkenan

dan lagik nak selfie kat nagoya nihhhh

warna biru nih pulak mommy beli untuk pakai raya kedua. dan dah siap buat pun. and semestinya kak na kl yang buatkan. tiba tiba terbekenan warna biru nih. memang beli lah kan :)

nak bayar pun kena ambil gambar weh! nasib lah mama kan

boss dan wife

keluar dari nagoya, kebetulan jumpa dengan boss and family. then dia ajak singgah d rumah die sekejap. memang kami pergi jerk lah sebab rumah boss memang dekat dengan area situ

kitaorang memang tak lama d rumah boss, sebab masing masing ada hal. nak kena balik perlis cepat
last selfie wif family kecil boss

and nantikan gambar kami staff tmpoint kangar berbaju kurung baru di hari jumaat. ahaks! gedik benor!

selfie dengan kak ros hari jumaat lepas. pelanggan tak der lansung time nih!

sambung cerita majlis perpisahan pak tam. sehari sebelum majlis kitaorang keluar time lunch mencari hadiah sebagai tanda penghargaan untuk pak tam

tak tahu nak beli apa bila last minit cenggini. lastly kedai carpet pakistan ni jugak jadi pilihan :)

dan ini lah hasil rembatan. ader tiga frame dalam satu set. ader ayatul kursi, Allah dan Muhammad

balik dari beli hadiah, kitaorang singgah tupperware kejap. konon nak teman ema dan husna shopping. tapi tie jugak terpengaruh dengan dorang

mommy terbeli yang nih! bagi hadiah kat mak

selit sat gamba big boss dengan baby boy suria

antara menu yang kami order adalah nasi putih, ayam goreng berempah, ikan kembung masak sambal, sup sayur campur, ulam ulaman dan sambal belacan. air anggur pulak homemade kat office. jimat kos :)

banyak kan mommy makan, sebab tu berat badan tak trurun turun. hahah

pak tam dan ema

geng geng perkasa tmpoint perlis

Kak Intan

Kak Intan dan Kak Miza

dan inilah pengganti kepada pak tam, Encik Idrus

yang lama dan yang baru :)

esoknya baru pak tam bawak balik hadiah sebab hari majlis tersebut die datang naik moto. esoknya die singgah office kejap untuk ambil hadiah. kali nih datang nak kereta

abang yen wakilkan boss untuk bagi hadiah kepada pak tam.

untuk pak tam, terima kasih atas segala pengorbanan, pertolongan dan jasa baik pak tam selama berkhidmat di tmpoint kangar. kami mohon maaf andai ada salah silap terkasar bahasa dari pihak kami. semoga pak tam selamat beristirehat serta selamat menambah amalan ibadat kepada Allah. semoga d panjangkan umor, di murahkan rezeki dan d beri kesihatan yang baik. jangan lupa kami di sini :)

No comments: