Thursday 1 September 2016

.. celebrate birthday @ Quensbay Mall Peneng ..

assalammualaikum

tak tahu kenapa penyakit malas update blog menghantui diri tie sekarang. gambar gambar tie masukkan dalam entry, tetapi dibiarkan menjadi draf sahaja. pelik kan penyakit nih?! haha

okeyh tak per, kita mulakan dari bawah balik. cerita satu per satu entry yang ader. ceewah! boleh percaya ker nih?! kiter tunggu dan lihat jerk lah kann :)

30 may 2016 yang lepas bertambah lah umur tie kepada 28 tahun. terima kasih pada mak dan ayah, suami tercinta, family in law dan saudara yang lain yang sentiasa di sisi tie. tak lupa kepada anak dara mommy arriana nurqaleesya yang menjadikan hidup mommy 'hebat' sangat. kehadiran kamu mengajar erti kehidupan dan memberi kebahagiaan yang tak ternilai kepada kami semua. terima kasih Allah

keluarga kecil mommy

sehari sebelum birthday tie, kitaorang gerak ke peneng. niat utama cuma nak ke quensbay mall peneng. kitaorang gerak dah petang cenggitu. lansung tak terfikir nak bermalam d peneng. memang tie tak der bawak baju lebih untuk tie dan suami. untuk qaleesya memang ader lah. sebab baju baby nih kiter selalu bawak lebih kan.

perjalanan hari tu sangat sesak dan ditemani hujan yang sangat lebat. tapi macam tak percaya, kitaorang teruskan jugak perjalanan ke peneng. dan dan dan sedihnyer bila sampai ke sana dah hampir pukul 10 malam. mall semua dah tutup. bila tie ajak hubby patah balik, die cakap dah tak larat nak drive sebab dah ngantuk sangat. nak tak nak, die ajak tie tido d peneng

awal tu kitaorang memang plan nak check in hotel. tapi kebetulan dapat panggilan dari cousin hubby dan die ajak kitaorang stay di rumah die. alhamdulillah ader jerk pertolongan yang datang kann. hahah. so malam birthday tie, kami tido d rumah cousin hubby.

qaleesa naik ferry peneng

esoknyer dalam pukul 11 pagi cenggitu kitaorang keluar rumah. ain dan anaknya pun ikut sekali. cuma suami dia tak follow sebab kerja. kitaorang guna laluan ferry untuk kesana. bukan main ramai lagik orang. hampir sejam jugak kami beratur tunggu giliran nak naik ferry

mommy wif ain dan firas

petang baru kitaorang gerak balik. singgah untuk hantar ain dan firas. alang alang kitaorang bersihkan diri dan solat dulu. lepas magrib baru gerak balik perlis

terima kasih hubby belanjer seluar levis sebagai hadiah birthday. terima kasih jugak sebab sentiasa di sisi mommy susah dan senang. i love u lah!

selit gambar kitaorang pergi giant kangar

then petang tu kitaorang beriadah di tasik melati

anak dara nih kalau bab bergambar memang dia suka!

kami dua kawan baik!

balik tu, terus ke rumah mak teh hubby. ader buat makan makan sikit sempena birthday cucu sulung mereka yang kedua tahun. happy birthday firas!

pastu nak selit lagik gambar mommy and papa pergi dating di jitra mall. time nih anak tak der sebab follow mak tok and tok abah pergi jenjalan.

rasa bujang sekejap yer

macam biasa, suka hati mommy jerk minta orang ambikan gambar. haha

papa yang untung dapat jam tangan baru

mommy belanja :)

mommy pakai baju and seluar lama jerk :)

balik tu singgah makan kat arau. sedap sungguh makanan kat sini

then kasi selit jugak gambar keluarga kecil mommy pakai baju panthera sedondon

cuma untuk qaleesya agak besar sedikit. tapi tak per, yang penting ader dan sedondon

moga kami sentiasa bahagia dan diberkati Allah. syukur atas anugerah kebahagiaan ini. okeyh, agak agak berapa lama pulak nak update next entry?! hahah

No comments: