Tuesday 13 September 2016

.. kursus @ TMTC Jalan Gurney KL..

assalammualaikum

sekali lagik mommy kena tinggalkan anak dan suami kerana menghadiri kursus hasil. tapi kali nih bukan di taiping tetapi d KL rasa seronok nak ke KL tu memang la ader kan dah lama rasanya mommy tak kesana. last pergi buan 12 tahun lepas. time majlis perkahwinan pieka. terus terbayang kawan kawan lama yang dirindu, keluarga kak ana yang baik hati. tetapi dalam masa yang sama, terlalu berat rasa di hati untuk tinggalkan anak mommy yang dah petah bercakap. sedih weh

mommy naik bas hari sabtu malam, 13 ogos 2016. kak na minta tie pergi awal sehari sebab nak bawak tie jalan jalan pada hari ahad. tie selamat sampai pada pagi ahad di stesen bas duta. kak na and abg aziz awal awal lagik dah datang tunggu tie. baik sungguh hati mereka. moga Allah murahkan rezeki mereka. aminn

pagi ahad tu, kak na masakkan nasi lemak special. memang makan bertambah tambah. hahah

pihak urusan memang sediakan hostel d TMTC jalan gurney, tapi tie tak berani nak stay sorang. memang tak der geng weh! so kak na ajak tie stay di rumah kampung baru. memang syukur sesangat lah kannn.

pagi tu pergi jumpa kak ti, jiran sebelah rumah kampung baru. di sini lah tempat tie melepak dulu. haish hilang rindu! ini adalah thaqif dan zara. dah besar budak budak nih!

lepas zohor kitaorang gerak ke Sunway Putra Mall. kali nih keluar satu family. lama nyer tak rasa macam nih. teringat duu dulu time bujang, kitaorang selalu keluar satu family cenggini. rindu sangat zaman tu!

terima kasih sangat kepada mereka nih. hati dorang baik sangat. tak kira siapa, dorang pasti akan berikan pertolongan.

along dan angah dah habis belajar dan bekerjaya sekarang. tinggal adik jerk yang masih sekolah d form 5. sekejap ja masa berlalu. time tie stay dengan dorang dulu, semua masih sekolah.

tie dan mama ana

mommy ootd

bersama kekasih kekasih lama :)

tie dan mama ana dan abahh aziz

muka bukan main senyum tapi hati sentiasa rindukan qaleesya

balik dari situ kitaorang singgah makan di nasi kandar line clear. memang terbaik!

malamnyer, kesayangan tie, si mommy buyong pieka datang ambil dan pergi minum d area kampung baru. pieka datang bersama husband. sekarang dia dah selamat lahirkan baby boy. thanks sayang datang jumpa kiter walaupun sekejap. 

esoknye, hari isnin, 15 ogos 2016, bermulalah hari pertama kursus di TMTC jalan gurney. tak der sorang pun yang tie kenal awal tu. actually kursus nih tie perlu pergi d taiping. tapi time tu papa warded dan tie minta pospone. sebab tu lah tie sesat berkursus d KL:)

kelas pagi berkenaan unit hasil

mommy dan Lia, staff tmpoint Pekan Pahang

Encik Hasrul dari finance Hq menjadi tenaga pengajar kami hari tu. dan yang paling happynyer pukul 4.30 petang class dah habis. then mommy terus tahan teksi untuk ke stesen LRT Damai. biarpun penat mommy gagahkan jugak ke menama TM untuk jumpa kawan kawan lama. macam biasa, mommy turun di stesen Kerinchi. lama weh tak naik tren! hahaha

jumpa si umie zaza nih

dan kesayangan kiter, kakak deela yang maintain cun

sempat jugak jumpa rakan rakan lama yang lain. biarpun sekejap, tapi terubat jugak rindu selama tiga tahun nih tau! tapi jeles tengok dorang maintain cun dan kurus. dan ramai pulak yang tegor mommy gemok. alahai itulah hakikatnyer.

balik jerk kampung baru petang tu, maryam ajak makan satay padang. memang sedap.

malamnyer pulak, hazira datang ambil mommy dan makan ayam penyet wak kat area kampung baru jugak. thanks zira! dapat jugak lepak lepak kan

boleh tahan la sedapnyer tapi tak boleh lawan dengan ayam penyet mak maya!

sambung berkursus pada hari kedua. class pagi oleh Puan Intan Haryani dari Finance Hq. boss lama kiter nih! lama tak jumpa, semua nyer sama macam dulu. cuma dah bertukar status kepada Puan :)

class tengah hari oleh Encik Hasrul. then ader buat exam sikit and lastly class oleh Encik Hamid

memang banyak sangat ilmu yang tie dapat untuk dua hari nih. terima kasih kepada semua tenaga pengajar.

macam biasa, sebelum balik, kiter gambo ramai ramai

bersama Encik Hasrul

lepas class, mommy naik teksi ke stesen damai, then naik tren turun d KL Central. mommy tunggu zaza habis kerja. dah janji nak tido di rumah zaza malam tu. macam macam dah berubah d sini. sempat mommy pusing pusing NU central. banyak mende yang boleh beli. tak perlu nak ke shopping compleks lagi :)

malam tu zaza dan nik bawak tie pergi makan. thanks zaza belanje!

tie tak bawak pump kali nih sebab ingat susu dah tak banyak, tak kan rasa sakit. tapi tak sangka ianya tetap membengkak. nasib baik ader pump tangan zaza. letih mengepump. walaupun keluar sedikit tapi kurang rasa sakit dah.

arisa zahra, anak dara umie zaza

abduh zidan, hero umie zaza yang aktif sungguh. badan pun bukan main semangat. geram tengok zidan

esoknyer, lepas hantar anak anak ke rumah ngasuh, tie dan zaza naik teksi ke sunway pyramid. thanks zaza sanggup ambil cuti teman aku jalan jalan

awal wal dah poyo ambil gambar! haha

ape2 makan dulu yer sebab masing masing dah kelaparan

gambo itu wajib kannn

mommy pening buat pilihan di charles and keith

lastly ini lah pilihan hati. okeyh tak ?

kalau dulu, kami naik turun lrt dari stesen ke stesen. keluar masuk shopping kompleks. then jalan seharian cari tudung di masjid india jalan tar, balik pulak malam. lansung tak rasa letih. tapi kini ternyata kami tak macam dulu. baru separuh hari kami di sunway pyramid, kami dah lembik kaki! penat bukan main lagik! nampak tak beza time zaman bujang dan sekarang. tak der stamina weh!

then lepas dah penat sangat and tak mampu lagik nak jenjalan, kami grab car dan terus minta dia hantar ke KL Central. alahai tak sangka kami punya penat sampai cenggini :)

terima kasih sahabatku zaza. teman aku seharian. terubat rindu zaman kita bujang. kesana kesini bersama dulu. susah senang bersama. bergaduh sekali sekala :)

then terjumpa pulak kak nad dan kak efa di KL Central

moga ikatan persahabatan ini kekal sampai bila bila. thanks again zaza!

lepas nik datang ambil zaza, tie terus naik tren ke kampung baru. sampai sana, tie minta angah ambilkan d stesen sebab dah tak mampu nak jalan balik rumah. sakit kaki weh!

then ajak kak na and angah makan ayam penyet mak maya. giler weh kalau datang KL tak makan ayam penyet nih! kegemaran tau! sedap menjilat jari. hahah

balik tu dan lagik minta angah ambilkan gambar berdua dengan kak na

malam tu, tie naik bas balik perlis di stesen duta. bas dalam pukul 11.15 cenggitu. along, angah dan kak na yang hantar kan tie. thanks pada kak na and family sudi tumpangkan tie d rumah. hanya Allah yang mampu membalas segala jasa kalian. tie sayang korang sampai bila bila.

hari khamis pagi, tie selamat sampai kangar. papa datang ambil dan terus pergi ambil anak kesayangan nih. haish rindu sungguh pada dorang nih! thanks family in law tolong jagakan qaleesya. Moga kalian semua sentiasa dirahmati Allah

No comments: