Thursday, 22 May 2014

.. wedding Izyan Farhana @ Changlun, Kedah ..

assalammualaikum

beberapa hari lepas kenduri kak dira, tie ke changlun, kedah pulak untuk wedding izyan farhana. die nih classmate time tie belajar diploma dulu. alhamdulillah hampir kesemua classmate tie dah mendirikan rumah tangga. tinggal dua tiga orang jerk lagik. dan dorang pun akan tamatkan zaman bujang dorang tahun nih jugak. alhamdulillah.

suhaizal tak dapat join kali nih sebab die kerja. so tie pergi dengan fiza. first, tie pergi ambil die dulu d arau, then baru kami gerak ke rumah izyan.

izyan dan suami
pasangan sama cantik sama padan

rasa seronok bila dapat berkumpul reramai dengan kengkawan macam nih. ramai jugak classmate tie datang. dah macam reunion kecik dah :)

bersama along
kami satu rumah sewa dulu. susah senang banyak bersama.
time nih die tengah pregnant anak kedua. and die baru jerk selamat bersalin beberapa hari yang lepas. dapat baby boy lagik tau. tahniah along!

tie dan fiza bersama pengantin

zaza pun datang jugak tau
kebetulan die balik perlis sebab nak ambil ibu die, so dapat lah die datang jugak wedding izyan

zaza dan arissa

gambar reramai
dorang nih semua kawan time belajar diploma dulu
ader yang datang dari pahang, perak and peneng

alhamdulillah selesai semuanyer. tahniah kepada pengantin. semoga kalian akan kekal bersama hingga ke hujung nyawa.

Tuesday, 20 May 2014

.. wedding lovely sister @ Taiping, Perak ..

assalammualaikum

15 march yang lepas, tie dan suhaizal ke Taiping, Perak untuk hadiri wedding kakak dira. kenduri kakak memang berjalan dengan lancar. alhamdulillah. kami gerak pun dah pukul 11 pagi cenggitu, then dua jam lebih kemudian kami sampai. senang jugak lah nak cari rumah kakak nih. memang ikut jerk map die bagi.

kakak dira tak datang majlis kawen tie atas sebab yang tak dapat dielakkan. then, seminggu lepas kawen baru die datang melawat tie. time tu tie kat rumah fil. die datang dengan abang wan time tu. selain tu, die datang sebab nak hantar kain pasang untuk tie. die nak tie pakai baju tu untuk wedding die nanti. and die mintak untuk tie jadik pengapit.

ni gambar akad nikah pagi tu. kami tak sempat ader time tu. sebab kami gerak pun dah dekat tengah hari kan. tapi alhamdulillah dengan sekali lafaz jerk, kakak dah sah jadi isteri abang wan.

dan tie tak dapat nak tunaikan permintaan kakak untuk jadi pengapit. sebabnyer tie masih dalam keadaan alahan teruk time tu. suhaizal memang tak izinkan. die cakap pergi makan and bergambar jerk. nasib baik kakak paham :)

kawan kakak yang gantikan tie jadi pengapit
lagipun, baju kami sama. kak dira bagi empat orang kain yang sama. kononnyer dayang dayang die lah kan :)

meja makan pengantin
tema yang digunakan adalah biru pink.

cake yang disediakan untuk majlis perkahwinan kak dira

dan tie sangat tertarik dengan candy bar yang disediakan ini
nampak menarik sangat. kata kak dira, kawan die yang buatkan semua nih. siap sponser lagik tau

dan ini lah pasangan yang diraikan
semoga kalian berkekalan hingga akhir hayat

tie bersama kak dira
love u kak! lega hati nih bila dapat jugak pergi kenduri akak

suhaizal bersama pengantin

dan ini gambar dayang dayang bersama pengantin perempuan


encik hubbby jadik cameraman la kononnyer hari tu

kak dira siap buatkan tempat untuk kanak kanak main sabun belon ni lagik tau! memang ramai la budak budak fokus kat kawasan nih. tapi tie suka lah tengok kipas besar nih. cantik sungguh. yang kat rumah tie kecik jerk:)

tie dan kekasih hati

alhamdulillah segalanyer berjalan dengan lancar
tie tak stay lama sebab malam nyer suhaizal ader game bola. so dalam pukul tiga lebih macam tu kami dah gerak balik. sorry kakak sebab adik tak dapat nak join sesi bergambar outdoor. hati memang teringin tapi apakan daya.

apepun adik doakan akak dan abg wan akan kekal hingga akhir hayat. moga korang akan sentiasa bahagia. dan kalau korang nak tahu, kak dira dah pun pregnant sekarang. die pun macam tie, bunting pelamin. hehehe. tahniah kakak syg!

time otw balik tu, kami singgah makan satay di alor setar, kedah
boleh tahan lah sedapnyer
then baru gerak balik perlis.

thanks hubby sebab sanggup temankan baby ke wedding kak dira. thanks sebab memahami. love u lahhhh!

Monday, 19 May 2014

.. aya engagement ..

assalammualaikum

satu satunyer bff tie yang masih single akhirnyer telah bertunang pada 11.12.2013. tie tak dapat datang majlis die sebab tie ader sesi outdoor. tapi tie tetap nak update jugak entry nih.



aya!
sangat simple tapi tetap cantik :)

ni adnan, tunang aya
dorang bercinta dari zaman sekolah lagik tau.
adnan nih jugak yang buatkan banner majlis perkahwinan tie hari tu.

 
farah and aya

ini pulak dylla and aya

and kalau jadi, aya akan melansungkan perkahwinannyer pada December tahun nih.
tie doakan yang terbaik buat aya.
semoga hubungan korang berkekalan hingga ke jinjang pelamin. aminn

tahniah aya :)

Friday, 16 May 2014

.. alhamdulillah, i'm pregnant ..

assalammualaikum

setiap pasangan yang berkahwin pasti menginginkan kehadiran cahaya mata. kerana dengan kehadiran anugerah Allah itu pasti pasangan itu akan lebih bahagia serta kehidupan rumah tangga pasti akan lebih lengkap dan sempurna dengan adanya cahaya mata.

bagi tie dan suhaizal, kami memang lansung tak merancang bagi anak pertama. memang kami sentiasa berdoa agar dikurniakan anak. dan alhamdulillah doa itu dimakbulkan Allah.

dua minggu lepas kami berkahwin, tie demam teruk. badan rasa lemah sangat. kitaorang ingat tie pregnant. bukan main lagi suka syiok sendiri. dan bila pergi checkup, doctor cakap badan tie terlalu penat. yerla, tak habis penat kenduri, kami ke langkawi, pastu kesana sini. mungkin sebab tu kot. so tak pregnant pun. lagipun awal lagik kot, baru dua minggu kahwen, tak kan dah dapat kesan.

dua tiga minggu lepas kahwen, tie asyik nak makan jerk. selera bukan main bertambah lagik. and satu hari tu, officemate tie tegur tie. die cakap baik pergi checkup. kalau tie makan banyak sebab tie pregnant tak per. tapi kalau lah tie tak pregnant pun, tapi tie makan banyak. tak takut gemok ke beb. terus terfikir betul jugak apa yang officemate tie bagi tau nih. terus risau weh!

genap sebulan tie berkahwen, 7/1/2014, tie pergi checkup. time tu balik kerja. tie singgah klinik jap. actually tie rasa terlalu sakit d bahagian pinggang, sebab tu tie ambil keputusan untuk pergi check. dan tie memang pergi sorang after kerja. dan bila pergi klinik, doktor scan and buat urine test, alhamdulillah ianya positif! tie pregnant beb! time tu rasa menyesalnyer tak datang dengan suami. kalau tak, mesti dapat tahu berita gembira tu sesama kan :)

alhamdulillah. bersyukur sangat pada Allah. tie memang nak kan zuriat. dan tie bersyukur kerana Allah makbulkan doa tie. time tu rasa happy sampai menitik la air mata nih. rasa macam tak sangka, tie akan jadik mummy. alhamdulillah.

malam tu, lepas jemaah solat magrib dengan suhaizal, tie slow slow bisikkan kat telinga die pasal berita gembira tu. terdiam die sekejap. then baru die senyum and ucap rasa syukur. tie nampak betapa happy nyer suhaizal malam tu.

sepanjang tempoh awal tie pregnant, macam macam alahan tie alami. muntah demam tu dah jadik perkara biasa lah kan. satu satu nyer alahan pelik, tie tak boleh makan nasi. memang kena makan benda lain. tak kesah lah, roti ke apa ke, janji bukan nasi. itu agak normal kan! yang pelik nyer, tie tak boleh tengok nasi lansung, tengok orang makan nasi pun tak boleh. memang akan muntah! so memang tie tak teman suhaizal makan nasi. nasib baik die paham.

doa nih tie amalkan setiap kali lepas solat fardu
moga anak dalam perut nih sentiasa terpelihara :)

tiga bulan jugak tie tak makan nasi. dan selera untuk makan pun tiada. alahan tak payah cakap lah, memang sentiasa ader. tapi alhamdulillah segala alahan ini hilang bila kandungan tie mencecah empat bulan lebih. baru lah ader selera makan and boleh makan nasi. muntah pun tak der lansung. alhamdulillah.

kadang kadang, kalau suhaizal cuti, die akan temankan tie pergi checkup
tapi kalau die kerja, memang mak tersayang lah yang temankan :)

sejak mengandung, memang tie tak buat kerja berat. suhaizal yang banyak ambil alih. tapi tie bersyukur kerana tie ader mak yang sentiasa menjaga tie. bab kemas rumah and sediakan makan, memang mak lah kan. tapi bab baju bagai, suhaizal lah yang tolong. cuma kadang kadang kalau suhaizal tak sempat, mak yang buat kan. beruntungkan tie :) hehehe

dah nampak dah perut muncit nih :)
tie ikut suhaizal pergi lawan bola


baju nih suhaizal yang belikan
ikutkan hati tak nak tie pakai, sebab nampak macam orang tua! hahahaha
tapi kena jaga hati suami, kena pakai jugak tau.
jangan marah hubby :)

sepanjang pregnant, tie memang amalkan air zam zam, kurma, kismis dan susu. memang setiap hari kena makan, kalau tak kena bising dengan suhaizal.

pengalaman yang tak dapat dilupakan bila first time kena minum air gula! tak lalu weh! lepas tu tie kena ambil darah. first time kena ambil darah memang menyiksakan bagi tie. sebab nyer darah tie tak nak keluar. jadik nurse tu terpaksa cucuk tie di tiga bahagian berlainan untuk ambil darah. orang lain punya senang jerk ambil kat satu bahagian jerk.


balik dari klinik tu, memang tie diam jerk. sakit nyer tak hilang weh! dan tak sangka suhaizal hadiahkan tie anting anting nih. katanyer upah sebab kena cucuk tiga bahagian. time tu baru mula senyum balik. hahaha! thanks hubby. susah susah jerk tau!

kalau cakap bab mengidam, macam macam dah tie mengidam. belangkas lah, ketam lah, udang besar lah. semuanyer nak seafood. alhamdulillah apa yang tie nak semua tie dapat makan. cuma tunggu buah manggis jerk yang belum dapat sebab sekarang bukan musim die. mak kata tunggu bulan 7 nanti.

hari tu teringin udang galah fresh
dan alhamdulillah anak saudara tie turun ke laut and dapat udang nih. kakak ipar tie siap masakkan lagik and hantar.

sekarang kan musim mangga harum manis.
dan buah nih memang hanya terdapat di perlis sahaja. mahal tau buah nih. kadang kadang sekilo boleh mencecah harga rm30. dan sekilo tu, korang boleh dapat dua biji jerk tau. tapi sebab dah sedap and famous, banyak orang luar datang untuk dapatkan buah nih. dan tie tak ketinggalan untuk merasa buah nih. suhaizal, mak and fil tie gilir gilir belikan. memang makan sampai puas weh!
  
ikutkan hati teringin nak makan abc shah alam
tapi apakan daya, tie d perlis. makan jerk la abc kat mana mana kedai d perlis nih. memang setiap kali pergi kedai yang ader abc, memang tie akan order nih. padahal sebelum nih bukan suka sangat pun.

yang nih pun sama, mana pulak nak pergi cameron nak dapatkan strawberry kan. so memang beli kat pasaraya jerk.

apepun tie bersyukur sangat pada Yang Maha Esa atas kurniaan ini. semoga anak dalam kandungan ini akan sentiasa terpelihara dan semoga segalanyer d permudahkan nanti. korang doakan yang terbaik yer buat tie, suhaizal dan baby dalam perut nih.

dan untuk hubby dan family, thanks atas segala bantuan serta pengorbanan korang selama ini. thanks sebab sanggup melayan kerenah tie nih. semoga kita semua akan sentiasa dirahmati Allah. aminn

Thursday, 15 May 2014

.. photoshoot bersama drenjisphotography ..

assalammualaikum

masih ader satu lagik sesi bergambar selepas selesai tiga majlis penting tie dan suhaizal. dress untuk photoshoot outdoor pun dah settle hari tu kann, kami memilih tarikh 10.11.12 untuk sesi bergambar outdoor. cantik sungguh date nih. kalau ikutkan nak jerk nikah date nih. tapi tak kesampaian :)

macam biasa, cameraman yang terlibat adalah Kak Syud sendiri, owner drenjisphotography . die turun lagik sekali dari Johor and untuk make up pula dari butik Kak Sha. kali ketiga tie makeup dengan die selepas majlis akad nikah and majlis persandingan pihak tie.

kali nih, tie pergi makeup dengan suhaizal. farah anak saudara tie pun follow jugak. suhaizal tinggalkan tie di butik Kak Sha and die pergi ke butik Ixora d Changlun Kedah untuk ambil baju. then baru die balik semula untuk ambil tie.

siap makeup dalam pukul dua petang macam tu. then terus gerak ke kawasan pokok buluh Timah Tasoh. sampai sana Kak Syud dah ready tunggu tie. memang puas hati bila bekerja dengan Kak Syud. die memang ajar dari A sampai Z. tambah tambah suhaizal yang agak kaku bila berdepan dengan camera. hahahaha. die suka main main!

drenjis photography & design nih memang famous dengan kepandaian editing.
memang puas hati lah semua gambar yang di edit oleh Kak Syud. yang tak cantik, jadi lawa beb! hahahaha

salah satu gambar yang dah siap diedit oleh Kak Syud
tie copy kat facebook :)

yang ni pun tie suka :)

lagikkkk :)

lepas bergambar d pokok buloh Timah Tasoh, kami gerak ke kawasan Mata Ayer. kata Kak Syud kat sini ader kereta antik. actually kereta yang sangat buruk. time sampai tu, tie nak tak nak jerk nak naik atas kereta tu. risau weh! tapi nak bergambar punya pasal, tie gagahkan diri! hahaha. dan hasilnyer, memang puas hati. tengok gambar yang Kak Syud edit nih :)


suhaizal pun nampak lain tau!
ala ala hero dalam drama Mr.Arrogant beb! hahaaha. sapa lagik nak puji suami, kalau bukan isteri sendiri :) 
gambar nih tie paling suka tau!


tempat terakhir, kami pergi ke bangunan lama kawasan roundabout kangar.
puas bergambar weh! sampai farah anak saudara tie tu tarik muka. hahaha. bosann dah katanyer!

dengan berakhirnyer entry sesi outdoor nih, berakhirlah entry wedding tie.
alhamdulillah. segalanyer berjalan dengan lancar.
terima kasih kepada semua yang terlibat. nanti tie update entry kitaorang pergi langkawi.

Wednesday, 14 May 2014

.. majlis perkahwinan Tie & Zal , 8 December 2013 ..

assalammualaikum

esoknyer, 8 December 2014, berlansungnyer majlis perkahwinan  tie dan suhaizal di rumah pengantin lelaki pulak. tema yang digunakan adalah hijau oren. kalau ikutkan rancangan asal, majlis ini akan berlansung seminggu selepas majlis di rumah tie. tapi atas sebab musibab yang tak dapat nak dielakkan, tepaksa lansungkan pada 8 December 2013.


tema oren hijau

untuk makeup bagi majlis d rumah suhaizal, tie makeup dengan Baya Brown. kakak Baya nih datang dari Kepala Batas, Alor Star Kedah. dalam kul 11 pagi macam tu die sampai rumah tie. makeup die pun okeyh. macam kak sha jugak. tie memang puas hati. sampai petang bedak kat muka tie memang tak rosak lansung. means maintain jerk. memang tahan lama beb.

sebelum tu, pukul 5 pagi awal tu, tie ke stesen bas kangar untuk ambil pika dan boy. bff tie dari KL datang weh. alhamdulillah. thanks pika!

lepas makeup, lepas semua rombongan pihak tie dah bekumpul depan rumah, kitaorang gerak ke rumah suhaizal. pihak kami disambut dengan baik disana. sampai jerk sana terus menjamu selera.

kami mengenakan busana pengantin dari Butik Norsalela yang bertemakan hijau gold
dan pastinyer ini adalah warna pilihan suhaizal

kami di meja makan pengantin

kenduri di pihak suhaizal memang serba simple. tiada pelamin, tiada cameraman khas. yang ader cuma meja makan pengantin dan bilik pengantin. itupun semuanyer family dia buat sendiri. cameraman khas pun tak der. sedara sendiri yang jadik cameraman :)

i love u hubby!

gambar bersama shida, cousin suhaizal

ini pulak hazira.
cousin suhaizal yang stay kat KL tu. yang tie selalu keluar lepaking time kat KL dulu.

bergambar dalam bilik
kononnyer ala ala cinderella melayu la tu bila tie kembangkan kain. hahahaha

nih adik bongsu suhaizal

dan ini pulak rombongan dari pihak tie.
kami bergambar dulu sebelum dorang gerak balik

along, kawan tie time belajar di kelantan dulu datang dari kedah
die tak dapat datang time majlis di rumah tie, sebab tu die datang d kenduri suhaizal.


pika dan boy merangkap pengapit kami pada hari tu
apepun, thanks pika sebab sanggup datang dari KL

bff forever
love u so much!

petang sikit, kitaorang keluar bergambar di pantai kuala perlis.
layankan gambar kami


ini pulak gambar dari kak Baya Brown lepas tie siap makeup



sebelum ke pantai kuala perlis, kami singgah dulu di padang bola dekat dengan rumah suhaizal. nak jugak die ambil gambar kat padang nih. dasar pemain bola la kononnyer kan. hahaha


alhamdulillah. segalanyer bejalan dengan lancar. settle lah tiga majlis penting dalam hidup kami. majlis pernikahan, majlis sanding di rumah tie dan majlis sanding di rumah suhaizal. ianya akan menjadi kenangan yang tak mungkin kami lupakan.

kalau di fikirkan balik, punya la buat persiapan berbulan bulan, tapi majlis selesai dalam masa tiga hari sahaja. dan bila dah settle nih, hati rasa lapang sangat. hilang segala penat lelah, stress dan tekanan jiwa selama ini. hahaha.

gambar time tie hantar pika ke stesen bas kuala perlis pada keesokkan harinyer.
thanks again sayang sebab datang. tak sabar tunggu majlis u pulak nanti :)

tie dan suhaizal memohon maaf sekiranyer terdapat apa sahaja kekurangan sepanjang majlis berlansung. ribuan terima kasih jugak diucapkan kepada semua yang membantu. doakan kebahagiaan tie dan suami. semoga hubungan kami akan berkekalan hingga akhir hayat. aminn

tunggu entry pasal perut buncit ni pulak (",)