Thursday 15 May 2014

.. photoshoot bersama drenjisphotography ..

assalammualaikum

masih ader satu lagik sesi bergambar selepas selesai tiga majlis penting tie dan suhaizal. dress untuk photoshoot outdoor pun dah settle hari tu kann, kami memilih tarikh 10.11.12 untuk sesi bergambar outdoor. cantik sungguh date nih. kalau ikutkan nak jerk nikah date nih. tapi tak kesampaian :)

macam biasa, cameraman yang terlibat adalah Kak Syud sendiri, owner drenjisphotography . die turun lagik sekali dari Johor and untuk make up pula dari butik Kak Sha. kali ketiga tie makeup dengan die selepas majlis akad nikah and majlis persandingan pihak tie.

kali nih, tie pergi makeup dengan suhaizal. farah anak saudara tie pun follow jugak. suhaizal tinggalkan tie di butik Kak Sha and die pergi ke butik Ixora d Changlun Kedah untuk ambil baju. then baru die balik semula untuk ambil tie.

siap makeup dalam pukul dua petang macam tu. then terus gerak ke kawasan pokok buluh Timah Tasoh. sampai sana Kak Syud dah ready tunggu tie. memang puas hati bila bekerja dengan Kak Syud. die memang ajar dari A sampai Z. tambah tambah suhaizal yang agak kaku bila berdepan dengan camera. hahahaha. die suka main main!

drenjis photography & design nih memang famous dengan kepandaian editing.
memang puas hati lah semua gambar yang di edit oleh Kak Syud. yang tak cantik, jadi lawa beb! hahahaha

salah satu gambar yang dah siap diedit oleh Kak Syud
tie copy kat facebook :)

yang ni pun tie suka :)

lagikkkk :)

lepas bergambar d pokok buloh Timah Tasoh, kami gerak ke kawasan Mata Ayer. kata Kak Syud kat sini ader kereta antik. actually kereta yang sangat buruk. time sampai tu, tie nak tak nak jerk nak naik atas kereta tu. risau weh! tapi nak bergambar punya pasal, tie gagahkan diri! hahaha. dan hasilnyer, memang puas hati. tengok gambar yang Kak Syud edit nih :)


suhaizal pun nampak lain tau!
ala ala hero dalam drama Mr.Arrogant beb! hahaaha. sapa lagik nak puji suami, kalau bukan isteri sendiri :) 
gambar nih tie paling suka tau!


tempat terakhir, kami pergi ke bangunan lama kawasan roundabout kangar.
puas bergambar weh! sampai farah anak saudara tie tu tarik muka. hahaha. bosann dah katanyer!

dengan berakhirnyer entry sesi outdoor nih, berakhirlah entry wedding tie.
alhamdulillah. segalanyer berjalan dengan lancar.
terima kasih kepada semua yang terlibat. nanti tie update entry kitaorang pergi langkawi.

No comments: