assalammualaikum
hari jumaat lepas, 8 november 2013, tie dapat mesej dari kak ros. katanyer nak datang jenjalan perlis. mula tu ingat die main main. then, malam tu jugak die call kata dah naik bas! ini betul betul, bukan main main la kann. so memang tak der masalah. tie memang sentiasa free, memang kedatangan kak ros sangat d alu alu kan :)
pagi tu die sampai, tie pergi ambil kat stesen bus kangar. tapi ampun yer kak ros, tie lewat sikit. tak terjaga. maaf buat kak ros tunggu sekejap. then kitaorang terus ke homestay yang terletak d simpang empat. actually tie dah ajak kak ros stay d rumah tie, tapi segan katanyer. homestay yang kitaorang duduk nih, abah suhaizal yang carikan. kebetulan die memang ader kawan yang ader homestay, so memang dapat ondespot lah. homestay nih pulak dekat sangat dengan rumah suhaizal. senang sangat lah bila kami nak bergerak kemana mana.
homestay pokok buluh, simpang empat perlis
lepas balik ke homestay, bersihkan diri, then kitaorang ke rumah tie. pagi tu mak sediakan breakfast untuk kitaorang. ader nasi lemak, pulut udang dan cekodok pisang. kitaorang siap bawak bekal lagik tau ke langkawi :)
dan lagik minta suhaizal ambilkan gambar
kitaorang terus ke jetty kuala perlis. ingat kan datang time bukan cuti sekolah nih orang tak ramai. tapi tie silap. cuti atau tidak, pengunjung memang sentiasa ader. lepas beli tiket, kitaorang lepak kat dalam sementara tunggu ketibaan ferry.
bergambar lepas beli tiket
pakai seluar polis trafik katanyer!
muka syiok dua orang nih!
jop kita ke langkawiiii
ramai jugak pengunjung hari tu
memang kena beratur sikit la time nak naik ferry
tapi tiada halangan untuk begambar even betapa ramai nyer pengunjung hari tu :)
perjalanan 45 minit dalam ferry d habiskan dengan layann movie dampak lakonan hebat aaron aziz. nasib baik pihak ferry nih buka cerita yang belom tie tengok. hilang sikit bosann. kak ros, adam dan suhaizal tdo lena sepanjang perjalanan. kak ros n adam yer la letih naik bas, tapi si suhaizal tu tak tahu lah letih aper!
sampai jerk sana, kitaorang terus ke kaunter tiket dulu. beli tiket untuk balik nanti. kang kalau lambat, habes pulak tiket. dari niat nak pergi balik hari, terpaksa pulak bermalam d langkawi. hahaha. kitaorang ambil tiket paling lewat. pukul 7 malam kitaorang akan gerak balik ke kuala perlis.
kitaoarang sewa kereta myvi yang d sediakan oleh kawan kepada officemate tie. kirenye tak perlu pikir panjang, sampai jerk, dah ader kereta menunggu. first, kitaorang lunch d kedai tepi jalan. perut memang dah bising minta nasi.
kemudian, destinasi pertama mesti lah pekan kuah kan. dan bila dah sampai sini, sudah menjadi kewajipan setiap pengunjung untuk terjah Haji Ismail Group.
memang rambang mata weh!
rasa macam nak beli semua!
kitaorang ader jugak singgah kedai perfume. kak ros sempat rembat perfume burberry idaman hati. lepas tu sempat ke dua tiga buah kedai berhampiran. memang tak jalan ke semua kedai sebab cuaca terlalu panas. habes hitam legam weh!
then, kitaorang ke Pantai Chenang. sajerk menggedik nak pergi bergambar katanyer. tapi cuaca tak payah citer lah. memang panas giler! memang tak jalan jauh. lepaking kat satu tempat jerk d situ.
berdua lebih baik kannnn :)
dengan suhaizal
suhaizal pun dah makin giler gambar sekarang!
lepas puas berjemur d Pantai Chenang, kitaorang gerak dari situ then singgah d Plaza Langkawi. banyak jugak kedai kedai dalam Plaza Langkawi nih. selain dari kedai barang keperluan, kat sini lebih kepada kedai souvenir. kat dalam nih pun ader pasaraya Billion. boleh lah kalau nak beli barang barang keperluan.
kitaorang lepak sekejap untuk sejuk kan badan. kan dah puas berjemur kat pantai. haha
layann wafer panas, cup corn dan ais krim
nih la satu satunyer gambar adam senyum. susah sungguh nak ajak die bergambar
tempat terakhir, kitaoarang lepak d dataran helang. lama jugak kami kat sini. sempat lah melepak, berborak dan bergambar. adam bukan main lagik berlari sana sini. suka betul die.
layann wafer panas, cup corn dan ais krim
nih la satu satunyer gambar adam senyum. susah sungguh nak ajak die bergambar
tempat terakhir, kitaoarang lepak d dataran helang. lama jugak kami kat sini. sempat lah melepak, berborak dan bergambar. adam bukan main lagik berlari sana sini. suka betul die.
geram betul dengan suhaizal nih
dah la susah nak minta orang ambilkan gambar kami bertiga
dia main main pulak bila dapat peluang, tengok la gambar nih, nampak sikit jerk kepala die! memang geram!
dah la susah nak minta orang ambilkan gambar kami bertiga
dia main main pulak bila dapat peluang, tengok la gambar nih, nampak sikit jerk kepala die! memang geram!
15Hari lagik, dua insan ini akan d satukan dalam ijab dan qabul
semoga Allah akan mempermudahkan segalanyer. aminn
semoga Allah akan mempermudahkan segalanyer. aminn
ambil angin dataran helang
sepanjang perjalanan tie dan suhaizal asyik bergaduh. makin dekat majlis, makin kuat pulak angin memasing. hahahha. tapi kami masih bersyukur kerana Allah masih sayangkan hubungan ini. semoga hubungan ini kekal hingga ke akhir hayat.
lepas serah kan kembali myvi, kitaorang stay d jetty menunggu ketibaan ferry. tepat pukul 7 malam kitaorang bertolak balik ke Kuala Perlis.
otw balik, pihak ferry buka cerita Bercinta lakonan farid kamil dan nora danish. memang tie layann cerita tu jerk la. then bila sampai jerk, kitaorang pergi makan d Restoran Nelayan. first time try kedai makan nih. tak der terbaik sangat makanan kat sini, ader yang best and ader yang kurang best. kedai yang tie makan sebelum nih lagi sedap. tak per kak ros, nanti datang perlis lagik, kita p makan kat tempat lain pulak okeyh :)
menu kitaorang ikan jenahak bakar, ikan jenahak masak tiga rasa, udang masam manis, sotong goreng tepung dan tomyam campur.
lepas makan, terus balik homestay. memasing kekenyangan weh! sampai homestay, bersihkan diri, then sempat sembang dulu sebelum memasing hanyut d buai mimpi.
No comments:
Post a Comment