Friday, 10 July 2015

.. arriana nurqaleesya 10 bulan ..

assalammualaikum

hari ini kita dah 23 ramadhan. hanya tinggal beberapa hari sahaja lagik untuk kita beribadat sebanyak mungkin d bulan yang penuh mulia ini. jangan sesekali kita lepaskan peluang yang Allah berikan pada kita. semoga kita menggunakan setiap masa yang ada dengan penuh manfaat.

3 julai yang lepas, umor anak mommy sudah mencecah 10 bulan. alhamdulillah. syukur dengan apa yang ada. tie dan hubby cuba sebaik mungkin menjadi ibu bapa yang terbaik buat qaleesya. dapat melihat anak membesar dengan sempurna d depan mata adalah keinginan setiap ibu bapa.

dia pun sibukk jugak bila nak berbuka puasa

tie dah tak boleh nak berbuka puasa d dapur, tak boleh makan d meja makan sebab qaleesya dah tak nak duduk lansung. pasti dia nak mengamuk kalau letak die kat kerusi. so terpaksa lah makan kat bawah. kat ruang depan. senang biarkan dia berlegar time kami makan.

menu berbuka weekend bebaru nih
sambal udang, ikan jenahak bakar, ikan kembung bakar, ikan pari bakar, telur rebus, sotong kecik goreng kunyit, sayur, ulam ulaman and sambal belacan.

qaleesya dah boleh berdiri sendiri. walaupun tak lama, die tetap akan cuba berdiri berkali kali. mulut pun makin aktif. macam macam bunyi yang keluar. ntah apa yang die sembangkann. haha

qaleesya follow mommy pergi klinik

yang paling die selalu buat sekarang, bila mommy sebut claps ur hand, flying kiss, bye2 and blink ur eyes. bab mengemas baju dan rumah macam biasa. memang kena pantau, kalau tak habis lah berselerak.

masuk 10 bulan nih, die dah pandai tak kasi mommy ikat rambut. letak cekak rambut or sepit pun tak boleh. mesti nak marah and tarik. kirenye lansung tak boleh sentuh lah rambut die tu. rambut depan pulak dah panjang and mula masuk mata. so mommy terpaksa gunting rambut depan qaleesya. sorry yer sayang. isau pulak bila rambut dah mula masuk mata. bahaya kann. tapi gunting pun jadi tak sama sebab anak dara nih lansung tak duduk diam

sebelum nih ramai yang cakap qaleesya macam hubby sebijik. tapi baru baru nih lepas potong rambut depan die, kitaorang nampak muka die dah berubah macam mommy. lawakk tengok gambar mommy dulu dulu. macam nak sama kann?! haha

hari tu pergi beli baju raya kat qaleesya. papa nak sangat belikan set cenggini kat anak die. ini dah macam arrian, bukan arriana. hahahha

mommy layankan tekak papa teringin nak makan nasi kandar yasmeen kat arau. qaleesya tak follow sebab lepas makan kitaorang terus ke klinik. balik tu baru ambil and bawak die jenjalan

bersungguh kacau paksu hilman die buat homework

qaleesya nih susah sikit kalau nak makan nasi or nestum. die lebih suka roti. kadang2 mommy paksa jugak makan nasi. susah hati bila die kurang gemar dengan makanan asasi nih

qaleesya suka sungguh dengan buku. bagi lah buku apa pun, semua die nak baca. pastu mula lah bising mulut die tu. ibarat macam tengah baca buku. hahaha

selit gambar berbuka semalam

farah datang rumah and bagi tahu nak makan nasi ayam. last minute mak buatkan. walaupun bahan tak berapa nak lengkap, licinn jugak kami makan. haha salad pun tak der weh. sambal telur kegemaran tie pun ader okeyh :)

lepas magrib tie bawak mak and farah keluar cari barang and cuci mata nak raya. anak dara mommy macam biasa, aktif sepanjang masa. nasib baik ader papa nak dukung anak. kalau tak, confirm mommy pengsan.

duit raya pertama qaleesya

selalunya setiap tahun tie akan kasi duit raya buat anak anak saudara, anak anak kawan, budak budak yang datang beraya kat rumah. tapi tahun nih tahun pertama beraya dengan anak and tahun pertama tie menerima duit raya buat qaleesya. sedikit kelainan sebab selalunya memberi tapi kali nih menerima :)

doa mommy and papa sentiasa untuk kamu sayang. semoga Allah panjangkan umor, murahkan rezeki dan jadikan kamu anak yang bijak dunia akhirat. aminn

Monday, 6 July 2015

.. warga TMpoint kangar ..

assalammualaikum

hari hari berlalu begitu pantas. semakin hari semakin cepat ramadhan bakal meninggalkan kita. alhamdulillah hari nih sudah hari ke 19 kita berpuasa. sudah hampir ke 10 hari terakhir ramadhan. semoga ramadhan kita menjadi ramadhan yang lebih berkat dari sebelum ini. aminn

sajerk nak tayang gambar warga warga tmpoint kangar untuk entry kali nih. tapi sebelum tu nak selit beberapa gambar hari terakhir kami bersama rahman. die tak pindah kemana mana cuma die sudah habis kontrak dengan tsssb. and kitaorang ader belikan sedikit cenderahati sebagai tanda ingatan buat rahman.

team leader, kak rakiah serahkan cenderahati buat rahman

gud luck man! nanti senang senang, mai lah jenguk kami d sini

kitaorang belikan kemeja simple nih buat man. boleh pakai raya kan man? haha

gambar reramai

mommy dan rahman

then, hari jumaat minggu lepas, kitaorang bergambar reramai untuk tujuan photoshoot raya. kami bukan ader cameraman khas or studio. just ambil dalam tmpoint. tu pun guna phone jerk. haha. kesian kann. then kasi edit sikit, lepas tu hantar ke HQ untuk gambar ucapan raya

gaya bebas dari staff tmpoint kangar

ibu husna tak der dalam gambar nih sebab die still cuti bersalin

dan inilah hasil edit yang sangat simple. kami bukan budak IT nak edit lawa lawa. hahaha!

dan ini lah warga tmpoint kangar setakat sekarang

Encik Razali Hussin
boss paling sempoi TMpoint kangar

Che Rakiah Man
team leader TMpoint kangar

Habibah Mahmud
Pembantu Pegawai Pemasaran

Rosmah Raimin
Pembantu Pegawai Pemasaran

Sharizal Kamis
Penyelia Pemasaran

Nor Hasimah Salleh
Penyelia Pemasaran

Suria Isa
Wakil Perkhidmatan Pelanggan

Nur Rawaida Mohd Johari
Wakil Perkhidmatan Pelanggan

Norhayati Musa
Wakil Perkhidmatan Pelanggan

Mohd Hapiz Abu Bakar
Wakil Perkhidmatan Pelanggan

Nadzimah Hishamudin
Wakil Perkhidmatan Pelanggan

selit gambar mommy and mama to be

semoga kami sentiasa bekerjasama dalam menjalankan kerja kerja harian. semoga kami dijauhkan pergaduhan, sifat iri hati, serta dengki antara satu sama lain. dapat bekerja dengan harmoni baru lah happy nak datang kerja :)

Monday, 29 June 2015

.. tahun pertama menyambut hari ibu dan bapa ..

assalammualaikum

alhamdulillah hari nih kita dah masuk kepada ramadhan yang ke 12. cepat kannn. syukur pada yang Esa kerana kita masih d beri peluang untuk menikmati kehidupan ini.

21 june yang lepas adalah sambutan hari bapa. bukan lah tie nak menyokong sangat sambutan nih. kita kann tak d galakkan untuk sambut kerana hari sejarah ini berasal dari negara barat. tapi kalau niat nak gembirakan hati ibu dan bapa tak der masalah. apapun yang penting niat. hari hari adalah hari ibu dan bapa.

tahun ini adalah tahun pertama tie menjadi ibu dan suhaizal menjadi bapa. alhamdulillah kami bahagia dengan kehidupan kami sekarang. syukur pada Allah atas kurniaan Arriana Nurqaleesya pada kami.

hubby, mommy doakan sayang akan menjadi papa yang terbaik buat anak kita. semoga papa akan menjadi papa yang bertanggungjawab, penyayang, beriman serta mendidik dan menjadi imam dalam keluarga kita. aminn. mommy dan qaleesya sayang papa :)

tok kangar hadiahkan mainan telephone nih. bukan main asyik letak ganggang dekat telinga. pastu tekan tekan ader bunyi and lampu. lagik lah seronok die mengetuk mainan tu. tak sampai seminggu, confirm rosak. hahaha

budak nih bangun sahur awal. mommy letak diam diam dalam katil die. puas main mainan yang ader

yang nih paling kelakar. hubby kata qaleesya tido sebijik macam mommy tido time preggy dulu. yeke papa? haha

dah ready nak ke rumah maktok simpang. budak masam tak mandi :)

gambar dua hari lepas. bangun tido terus main anak patung pemberian kakak syazana, anak kak mala

mommy belikan baju yang belah kanan nih. tapi lepas try, kain tu agak ketat and nampak macam qaleesya tak selesa. then mommy pergi tukar ambil yang warna kuning nih pulak ( gambar kiri ). kain yang nih besar dan nampak die selesa. tapi qaleesya belum pakai kemana mana lagik. gambar nih just ambil time sarungkan sekejap baju pada die

tokwan belikan kerusi untuk qaleesya makan. die duduk kat kerusi nih time berbuka. tak der lah mommy nak makan sambil pegang anak. bukan tak tahu, over aktif sungguh si anak dara nihh

qaleesya follow mommy and maktok ke kedai

qaleesya dan azim. dorang beza 6 bulan tapi lahir pada tahun yang sama.

semalam kakak linda tie balik dari peneng untuk berbuka puasa d rumah. first time dorang jumpa qaleesya

weekend baru baru nih, mommy denda qaleesya baca buku jerk. stay kat rumah jerk. hahaha

 lagik beberapa hari saja lagik anak mommy akan masuk 10 bulan. pantas masa berlalu

sengihh bukann mainn

qaleesya ikut taukey tudung pergi beli kain

anak amoi pakai tudung

selit gambar juadah berbuka semalam
ikan jenahak bakar, ayam golek taman kemajuan dan sotong goreng kunyit

moga ramadhan kali ini akan membawa seribu makna buat kita semua.