Friday 2 May 2014

.. doorgift, pelamin, bilik tidur dan berinai ..

assalammualaikum

lagik dua hari majlis pernikahan, tie sibuk siapkan door gift untuk tetamu. door gift nih dah menjadi salah satu kewajiban bila adenyer kenduri. tapi tie buat setakat yang termampu jerk. ala kadar untuk kengkawan and orang kampung. 

thanks a lots pada Husna, officemate tie sebab kasi sponser towel kecik and gula gula. tapi die kata nanti wedding die, tie kena bagi jugak tau! hahaha. tak kesah lah. tak der hal punyer kannn :) 

nih barang yang Husna kasi
tie bagi pada pekerja. selain towel nih, ader jag kecik, tupperware love, air kotak and gula gula.

untuk tetamu yang hadir pulak, tie kasi tupperware love yang berwarna warni nih. kat dalam nyer tie letak lima biji gula gula yang berlainan jenis. thanks pada Farah, anak saudara tie yang banyak sponser gula gula.

mug nih pulak tie letak dalam paper bag and disertakan dengan tupperware love yang berisi gula gula serta coklat yang dibuat khas oleh cousin tie. 

bag bag nih khas untuk tetamu khas and kengkawan
thanks again Farah sebab banyak sponser gula gula.

and sehari sebelum majlis, kak lela dan abg wan datang pasang pelamin di rumah. tie ambil pelamin, bilik tidur, dan dua pasang baju sanding. untuk meja makan beradab, mak cik tie yang buat kan sendiri. baju nikah pulak kak na yang buatkan.

tie memang inginkan pelamin yang nampak simple tapi cantik
kononnyer cenggini lah pelamin yang tie nak

dan inilah hasil dari Butik Norsalela
pelamin majlis perkahwinan tie

dan ini adalah kak lela and abg wan
owner Butik Norsalela

dan ini pulak bilik pengantin
sengaja tie pilih tema kuning
sebab baju sanding tie purple kuning

macam tak percaya tie banyak gunakan warna kuning
padahal zaman sekolah dulu, warna kuning lah warna yang paling tie tak suka

selain tu, sehari sebelum nikah, tie pergi berinai di Butik Kak Sha yang terletak di Arau, Perlis. die jugak yang makeup kan tie untuk majlis akad nikah, majlis sanding pihak tie dan makeup untuk outdoor.

first, pilih design. then terus layann kak sha lukiskan inai pada tangan and kaki tie

macam dah keterlaluan ker masukkan gambar nih?! huhu
tapi lantaklah, dah termasuk pun :)
lukisan inai di tangan dan kaki tie

itu sahaja untuk entry kali nih. nanti pulak sambung. baby dalam perut nih dah lapar. kena pergi makan dulu :)

1 comment:

Anonymous said...

salam...sy tila...nk mintak no fon kak sha boleh??