Tuesday 18 December 2012

.. majlis akad nikah @ Perlis Indera Kayangan ..

assalammualaikum

khamis malam lepas tie balik kampung. bagi tujuan majlis perkahwinan zaza. tapi kali ni tie tak naik bas. tie balik dengan kak na and abg aziz. petang tu, after keje, tie sempat ke jalan tar. nak pakai inai punya pasal beb. mood kenduri kawin katanyer.

thanks pika tolong temankan :)

then lepas isyak kitaorang gerak balik Perlis. alhamdulillah, jalan tak jem. awal tu memang sorang pun tak tido. sebab malam tu kan ada perlawanan bola antara Malaysia and Thailand. hanya mampu dengar radio jerk lah. then, kitaorang singgah kat perhentian tapah.

nampak tak inai yang terover dari pengantin :)

kitaorang makan yang ringan ringan jerk. ader bihun sup and mee kari

siap sempat tengok cerita lagik

pastu, teruskan perjalanan and stop kejap kat perhentian Gurun, Kedah. pukul 3 pagi macam tu kitaorang dah selamat sampai Perlis. alhamdulillah.

petangnyer, tie keluar dengan Suhaizal pergi rumah Zaza. ader barang yang die kirimkan. petang tu jugak tie pergi hantar. gerak dari rumah Zaza, kitaorang singgah Kangar. sempat makan bihun sup terbaik kat sini. tapi tak der gambar :)

kat The Store Kangar

dan malam nyer, after magrib, tie dan suhaizal ke rumah zaza. abang aziz dan kak ana pun naik dengan kitaorang. senang, tak payah bawak banyak kereta. sampai jerk rumah zaza, manusia dah bersepah dah. ramai sungguh yang datang. zaza buat majlis akad nikah nyer d rumah. first, memang kitaorang makan dulu. sementara tok imam tak sampai lagik :)

siap makan, tie dan kak na masuk dalam rumah. manakala abang aziz and suhaizal just tunggu kat luar. sempat begambar dengan zaza. time tu ngam ngam die baru lepas make up

pengantin serba putih. sangat cantik

gambar ini memang wajib ader

pukul 9 malam baru tok imam sampai. lepas dengar khutbah nikah dan soal jawab pengantin lelaki, sampai masa untuk akad nikah. tak best sangat sebab orang yang ada terlalu ramai. jadik tak semua orang nampak saat saat d nikahkan tu. just dengar suara tok imam jerk la.


dan hanya sekali lafaz sahaja, zaza dah sah jadik isteri nik amyr suffian. Ya Allah, time ni menitik nitik air mata tie turun. tak tahu lah napa. mengalahkan tie pulak yang kawin kan. memang rasa sebak sangat. kawan tie dah kawin dan jadi isteri orang. rasa macam tak percaya. mungkin tie sedih sebab tie dah lama stay dengan zaza. dah macam macam kitaorang lalui. maybe tie rasa die akan berjauhan dengan tie kot. dan lepas ni, segala segalanya akan berubah.

saat saat dinikahkan

suasana selepas nikah berubah jadik drama sedih seketika. die salam dengan mak ayah, saudara and kengkawan yang datang. mula la drama sedih nyer. pakat menangis habes. semua rasa sebak. tapi dalam keaadaan sedih tu, tersimpan perasaan gembira yang teramat sangat. kami semua happy sebab zaza dah dapat kebahagiaan yang die inginkan selama ni. happy for u dear :)

then, sampai masa untuk acara batalkan wudhuk. sebelom tu, nik sempat solat sunat nikah. then, masing masing bersalaman dan saling bertukar cincin.

pengantin lelaki kasi duit hantaran pada pengantin perempuan

gambar nik sarungkan cincin pada zaza

gambar nik tanggalkan purdah zaza

dan inilah pasangan pengantin yang d raikan.
Nik Amyr Suffian and Nurhafizah
alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. tahniah sayang!

aku happy tengok kau bahagia zaza :)

dan ini pulak gambar bakal pengantin besama pengantin :)
kesian suhaizal, tie paksa die pakai baju melayu :p

ramai kengkawan belajar yang datang. ader dari Kedah, Terengganu, Selangor dan KL. dah jadik macam reunion kecik pulak untuk kitaorang. alhamdulillah. dah lama tak jumpa dorang. dan memang begambar la kan. tak kan d lepaskan peluang ini

kami bersama pengantin

sementara tunggu zaza sibuk begambar, kitaorang pun sibuk begambar jugak :)
credit to suhaizal. die jadik cameraman kami :p

family zaza dari segamat

dan ini adalah gambar tie besama cinta hati. kami ambil berkat (*_*)
semoga kitaorang pun akan mengikut jejak zaza dan nik untuk melangkah ke alam perkahwinan. aminn

selesai majlis akad nikah, zaza ader buat majlis berinai. tapi time tu dah tengah malam. dah pukul 12 lebih. tie dan suhaizal tak dapat nak stay lama. sebab kesiankan kak na and abg aziz yang keletihan. tapi sempat lah tie merenjis zaza dan letak inai kat telapak tangan die. first time okeyh. sebab kat Perlis memang tak der adat macam nih. ni kan adat Johor. sebelom ni memang tak der saudara or adik beradik tie yang kahwin buat majlis berinai nih.

pasangan pengantin berbaju songket d majlis berinai.
sempat ambil gambar dengan zaza jerk, dengan nik tak der.

hampir pukul satu jugak kitaorang sampai rumah. apepun, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. tunggu esok pulak yer tie update entry majlis persandingan zaza.

untuk kau zaza, tahniah syg!
14/12/12 nih pasti menjadi satu tarikh penting yang amat bermakna buat kau kan. aku doakan kau akan bahagia hingga akhir hayat. dan aku yakin nik mampu menjaga dan membimbing kau dengan sebaik mungkin. moga korang menjadi suami soleh dan isteri solehah.

2 comments:

Afne said...

amboi senyum lebor zaza :)

tahniah zaza & nik!

Unknown said...

memang sangat lebar. gembira kann :)