Wednesday 26 December 2012

.. majlis persandingan @ Besut, Terengganu ..

assalammualaikum

entry bergambar!

majlis persandingan zaza dirumah pengantin lelaki berlansung pada hari Sabtu, 22/12/2012.

hari jumaat malam, tie join kak deela n family konvoi reramai ke Terengganu. tiga buah kereta semuanya. ader lima family yang join konvoi nih. kitaorang gerak tengah malam. memang jauh sungguh perjalanan kami. memang banyak kali stop lah. pejam celik pejam celik, tak sampai sampai jugak.

dan pukul 11 pagi kitaorang selamat sampai d Kuala Terengganu. singgah untuk sarapan then teruskan perjalanan. dalam pukul 12 lebih macam tu, kitaorang bejaya sampai ke Pekan Jaabi, Besut, Terengganu. alhamdulillah. nik datang jemput kitaorang dan bawak kitaorang ke rumah saudara die yang die sediakan. dapat lah rehat dan bersihkan diri d rumah tu. memang terus siap siap untuk ke rumah kenduri

breakfast d Kuala Terengganu

cuaca memang agak merisaukan. tak henti henti hujan. tapi apepun, majlis tetap perlu d teruskan. sampai jerk, terus terjah makanan dulu. memang lapar weh hujan hujan ni. tambah tambah kitaorang ni tetamu yang datang dari jauh tau :)

ni la pasangan pengantin yang d raikan
zaza and nik
skin colour menjadi tema pilihan dorang

jop tengok gambar kitaorang d sana (*_*)

kami besama pengantin

family pihak lelaki

ni satu satunye gambar kitaorang besama pengantin
antara kengkawan office yang datang

dan ini pulak gambar tie gadies ambil berkat sengsorang
Encik Suhaizal kan nun jauh d Perlis sana :)

gambar pengantin makan beradab

again and again :)

gambar cenggini wajib ado!

dan untuk ko Zaza, selamat pengantin baru sekali lagik!!
cantek sangat tau!
semoga bahagia hingga ke syurga dan semoga menjadi isteri yang solehah kepada Encik Suami (*_*)

selesai majlis d rumah nik.
kak deela dan lain lain terus gerak ke Kuala Terengganu. dorang pergi bercuti d sana. dan tie pula ke Kubang Kerian, Kelantan. stay kat rumah Yus, kawan belajar tie dulu. die datang dengan husband. petang jugak Yus datang umah nik and dalam pukul 8 malam macam tu kitaorang sampai Kelantan. pejalanan jadik lambat sebab hujan lebat sangat. tambah pulak dengan jemnyer.

malam tu, yus goreng kepok losong fresh. memang terbaik! dah lama tak makan fresh fresh cenggini. kepok panas bila hujan lebat, sedapp la kannn.

esokkannyer, Yus bawak tie jenjalan kat Kota Bharu. kitaorang ke KB Mall. tapi jem tak payah citer la kann. hujan pulak tak henti henti. memang tak dapat nak bejalan ke tempat lain.

jem macam kat KL weh

dulu tie blaja kat Kelantan, tiga tahun stay sini. tak banyak yang berubah. memang dah lama tak datang sini. agak excited lahh even time zaman belaja dulu, boleh d katakan setiap weekend datang sini.

sampai jerk, kitaorang makan kat food court. 

snap dulu before makan

Yus

ni pulak anak Yus, Aira Maisara

then jalan jalan kat situ. sempat jugak shopping :)
tie beli sehelai suar jeans merah, sehelai peplum dress warna biru and sehelai dress labuh warna yellow mustard

Yus pun shopping jugak. banyak jugak yang die rembat

sebelom gerak dari KB Mall

balik dari KB Mall, terus balik rumah. bersihkan diri and kemas bagai, then kuar balik untuk ke stesen bas. tie balik naik bas malam tu. Lan and Yus hantar tie

Yus ' family

sempat lah makan kat food court tesco sebelom naik bas.
thanks korang banyak tolong :)
tak sempat nak bejalan sangat sebab cuaca hujan. frust tak dapat pergi Pantai Cahaya Bulan :(

1 comment: