Monday 15 July 2013

.. makan + perlis + syukur ..

assalammualaikum

hari nih dah masuk hari keenam umat islam berpuasa. alhamdulillah bersyukur kerana kita masih d beri peluang untuk bertemu dengan ramadhan kali ini. entry kali nih nak tayang makanan jerk. hamikkk korang! sajerk nak bagi memasing terliur time puasa ni kann :)

korang tahu kann yang tie dah menetap d Perlis. dan paham paham lah bila stay dengan mak, pasal makan tak hingatt! siang malam mak ajak makan. kadang kadang tie tak nak makan, mak ajak teman die makan, and lastly tie join die makan. haha! berat badan pun dah naik berkilo kilo. Ya Allah sumpah tie risaukan perkara nih! dalam hati hari hari ingat nak diet, tapi sampai sekarang tak terlaksana! jangan sampai baju nikah nanti tie tak padan sudah!

korang semua pandai masak ker? tie ngaku yang tie memang tak pandai. haha. tie tak tipu tau! tapi sejak stay kat Perlis, setiap hujung minggu kena belajar satu menu dengan mak. nak kawin katanya! kena lah belajar masak kan. tapi just masakan yang simple jerk lah. yang over over tu, serah pada mak jerk :)

  nih menu lunch yang paling simple. ader kerang rebus, ikan cencaru goreng, sambal belacan, ulam bendi and sambal telur. tapi tetap sedap and tambah nasi berpinggan pinggan!
sambal telur air tangan mak tie memang menjadi pujaan dari time sokolah lagik. yerla, saper tak suka masakan mak sendri kan :)

yang nih pun sama, sangat simple. ikan kembung masak sambal. tambah pulak dengan ulam jantung pisang nih. memang layann lahhkann! sebenarnyer tie memang suka makan sambal. tak kesah la lauk apa pun, yang penting ada sambal or masakan merah.

sesedap mana pun makanan d dunia, masakan ibu paling sedap dalam hidup kita kan?:)

 nih pun salah satu menu lunch. cenggini lah menu makanan orang kampung :)

dan ini adalah ikan talapia masak sos.
terbaik weh! menu berbuka puasa time puasa ganti hari tu.

 ikan bakar kuala perlis. saper yang tak suka weh! thanks hubby kasi belanja! hilang terus marah sebab duduk dalam bas berjam jam. korang bayangkan tie naik bas pukul 1 petang dari KL and sampai perlis hampir pukul 11 malam. giler ke apa. lambat giler bas tu! memang kelaparan la

 dan sehari sebelum puasa, tie teringin sangat nak makan sambal udang galah. tapi bila pergi pasar, tinggal nih jerk saiz udang yang paling besar. tu pun dah kira awal tie pergi tau. nasiblah tak der rezeki. tapi tie tetap beli jugak udang nih, okeyhla kan daripada tak der. korang perasan tak, masak sambal lagi :)

 hari pertama sahur, kitaorang makan gulai ketam. sedapp betul masakan mak :)
sila puji masakan mak memasing yer :p

gambar nih pulak adalah menu berbuka puasa pada hari pertama. makan udang dua hari berturut turut. memang tak jemu :)

pasal udang nih ader kesah sikit tau. kann tie kata tie teringin nak makan udang kan. tie memang bagi tahu mak, tapi dalam masa yang sama tie bagi tahu suhaizal. dan tak sangka die datang hantar udang pada malamnyer. itu yang jadi makan udang dua hari berturut turut tu. haha. apepun, thanks hubby. ader ke pulak nak bawak udang pun nak suprise? hurm :)

 
nih pulak gambar berbuka puasa malam semalam.
ader ikan keli bakar, ikan siakap bakar, sotong masak asam, ulam, sambal belacan and cucur udang. alhamdulillah, memang kekenyangan!

 menu berbuka semalam
daging masak merah, daging masak asam, sayur keladi, and kerabu rebung!
yummy!

 nak tayang gambar cake SR yang tie belikan untuk mak
love u mak! thanks 4 everything!

alhamdulillah, ramadhan kali nih rasa bahagia and beruntung sangat. satu, tie dah dekat dengan mak. kedua, tie dapat pergi terawih dengan mak. dulu masa kat KL, susah nak pergi terawih. tak der kenderaan lah, jauh lah, tak der orang teman lah, macam macam. sekarang alhamdulillah Allah beri kemudahan pada tie.

dan satu lagik bab sahur. kalo kat KL, tie jarang sangat makan time sahur. ader jerk alasan. yerla, hidup bujang, paham lah macam mana kann. tapi sekarang, wajib makan time sahur. memang mak paksa jugak untuk makan.
apepun, kita perlu bersyukur dengan segala pemberian Allah pada kita. semoga kita semua mendapat rahmat Allah pada ramadhan kali ini. selamat berpuasa korang :)

5 comments:

Unknown said...

banyakkan hikmah lepas balik kl?? tu la..bukan tak suka ko dok kl ni , tapi cam tak terurus aje ...la ni , mesti seronok dok kampung sbb dekat ngan org tersayang .

Unknown said...

ni pic , guna notebook ke??

Unknown said...

dear kak ros, bukan tak terurus, cuma tak cukup makan jerk duk kl. hahaha. and bila balik kg, terlebih makan pulak!

nih upload pic guna netbook, ayat2 semua kat office. still lembap and keluar not responding. tak per, nanti i format okeyh

Unknown said...

terliuq wei..
nnt kenduri hg, aku nk udang kat atas..hehe

Unknown said...

Mcm x caya apis coment kat blog aku... Haha. Ok beb. Janji kena mai tauuu!! Jgn kata udang, apa pun bleh:)