Tuesday, 20 November 2012

.. majlis akad nikah kakak & tahlil ..

assalammualaikum

haissshhh tak tahu nak mula dari mana nih. lama tak update blog. banyak sangat nak story nih. lama sungguh tie balik kampung kann. semalam tie baru masuk keje. sonok dapat stay lama kat kampung :)

okeyh, kan tie kata tie balik kampung bersebab kan. ade dua majlis yang berlansung d rumah. yang pertama, kakak tie yang stay kat gerik tu menikah pada 9 hb malam, hari jumaat. tapi tak der buat besar besaran pun. sebab ni perkahwinannyer yang kedua kan. just buat kenduri doa selamat jerk. abang ipar baru tie jugak stay d perak. kenduri pihak lelaki nant insyaallah buat lebih sikit dari pihak perempuan.

ni family baru kakak. die dah ada dua anak. hafiz dan zana. yang abang ipar baru ni pulak duda kematian isteri. die pun dah ada anak sorang. budak lelaki yang belah kanan tu anak abang ipar tie. yang belah kiri tu hafiz dan yang belakang die zana.

tie tak banyak gambar dorang. lagipun akad nikah d masjid. tie tunggu d rumah. sebab masih banyak perkara yang perlu d uruskan. memang buat simple giler. cukup sekadar cukup syarat. yang penting kakak bahagia :) alhamdulillah hanya dengan sekali lafaz sahaja, abang zamiri sah jadi suami kakak.

ni jerk gambar yang ada. semua last minute punyer preparation. 


hantaran kakak kawin
tie wif budak budak kampung :)

apepun, tie doakan kakak tie akan bahagia dengan hidup baru die ni. moga abang zamiri akan jaga kakak dan anak anak sebaik mungkin. dan semoga memasing menjadi isteri solehah / suami soleh. aminn

malam majlis tu jugak rumah tie ade buat tahlil untuk arwah kakak ipar tie yang baru meninggal pada 3 november lepas. lepas bacaan tahlil, ade buat jamuan makan sikit untuk orang masjid. gambar tak der. tak sempat nak ambil. kalut sangat time tu.


selesai majlis akad nikah kakak dan tahlil arwah kakak ipar. sehari sebelom majlis memang penat kawww kaww. actually rumah tie baru siap dari renovation. so banyak la yang nak kena kemas. malam tu semua tido lewat. mop lantai, cuci tingkap, pasang langsir dan buat bunga telur. kul 5 pagi baru kami tdo.

sempat ambil gambar keadaan rumah lepas siap kemas semua. kisah langsir kat bawah ni memang menyakitkan hati. tukang jahit tu tersalah buat. memang kakak tie mengamuk lah. dah la bayar upah mahal. jahit pulak salah. kalo korang tengok betol betol, mana ada langsir macam kat bawah ni. tak der belah tengah lansung. tapi dah terdesak, kitaorang pasang jugak. lepas majlis selesai nanti, kitaorang nak hantar balik minta die baiki. dah la tukang jahit ni kat perak. dekat rumah kakak. memang frust lah pasal langsir nih.

ruang tamu depan


ruang tamu tengah

apepun, alhamdulillah sebab semuanyer bejalan dengan lancar. bersyukur sangat. untuk satu lagik majlis, next entry okeyh :)

No comments: