Sunday 25 November 2012

.. engagement part 4 ..

assalammualaikum

ini entry berjuta gambar!

sabtu, 10/11/12, tarikh keramat dan amat bermakna buat tie dan encik tunang. owh yer, suhaizal namanyer. lupa pulak nak kenalkan. die memang orang Perlis, menetap d Perlis dan bekerja pun d Perlis. dapat orang kampung jugak ko yer tie gadies. hahaha! pasal encik tunang ni, macam mana kenal ke, ape ke, next time kiter story. nih nak story time majlis pertunangan 10/11/12 hari tu dulu. dah skip lama sangat dah. kang basi pulak weh:)

majlis start pukul 3 petang. dalam pukul 1.30 petang tie dah gerak ke butik Qaseh Sulaiman untuk make up. thanks Brie and wife sebab tolong bawakkan. hampir sejam lebih jugak lah baru tie siap semua. sempat lagik begambar dengan kak liza, owner butik ni. die lah yang make up tie.

alhamdulillah, semuanya okeyh. lagipun make up tunang kan kena simple simple dan soft soft jerk. memang kak liza make up seperti yang tie nak. thanks kak liza:)

lepas dah siap semua, terus gerak ke secret recipe untuk ambil cake. then balik rumah. tie tengok dah ramai orang datang makan. ada adik beradik, jiran dan orang kampung. terus masuk bilik la kan. berdebar sangat weh.

khemah depan rumah

btw, thanks to my mum yang menjadi tukang masak utama on that day. petang tu ade menu nasi putih, nasi tomato, ayam masak merah, daging masak kicap, kari ayam kampung, nangka masak lemak cili api, acar timun nenas, papadom, laksa, agar agar dan kuih muih yang lain. sayang betol sebab tak ambil gambar makanan.

sebelom masuk rumah, sempat jeling kat candy corner. alhamdulillah, tercapai jugak hajat nak buat even last minute. thanks kat semua yang membantu :)

then, pukul 3 lebih lebih sikit cenggitu, rombongan pihak lelaki sampai. wahh! lagik la bertambah debaran nyer mak ngah wehh! tie memang duduk diam diam dalam bilik. time tu, anak saudara tie, farah jerk yang temankan tie. kawan kawan yang lain belom sampai lagik.


lepas dengar doa d aminkan, ade mak cik tie datang dan bawak tie kuar dari bilik. katanyer semuanya dah selesai. and now tiba acara untuk sarungkan cincin. dup dap dup dap jantung tie time tu! tuhan jerk yang tahu weh.

tie baru keluar dari bilik. berjalan ke arah pelamin. berdebar!!!

pastu aper lagik, future mother in law sarungkan cincin la kannn :)
time ni macam macam perasaan ada weh. happy, takot, berdebar. memang bercampur baur perasaan yang ada. future mother in law siap tegur tie lagik time nak sarung cincin, die tanya napa tangan tie menggigil. huhu. memang tie diam tanpa kata la.


lepas sarung cincin, kena la salam dan peluk cium bakal mak mertua :)
alhamdulillah, tie selamat jadik tunangan orang. aminn. thanks Ya Allah.


suka sangat gambar ni :)
kena frame kan ni. hahaha.

then, mula la acara menggediks d depan camera:)
cameraman tak terlayan kerenah kitaorang semua. jop tengok gambar gambar yang ada. tapi sadis lah dengan gambar gambar tie. banyak yang tak senyum. tak tahu lah napa. padahal tie dasar manusia giler gambar. maybe terlalu penat and berdebar kot. sebab tu jadik macam tu.

my future family

wif ma dan ayah tercinta

my family
blue in de house:)

lagikk gambar d bawah (*_*)

we 're engaged
falling in love :)

tie dan suhaizal

wif anis fahanis
adik suhaizal

wif acik c-da
cousin suhaizal

si darah manis zaza fiezah.
kawan opis, kawan baik, kawan gadoh, kawan tido! thanks tau dear sebab datang jugak!
dan ini adalah gambar yang paling tie suka. sebab tie senyum :)
gambar lain semua muka garang jerk.

wif my cousin, nanie

nanie and her husband

wif abang chick, cousin tie
die lah yang bersusah payah buat kan rumah tie. banyak sangat die tolong. very appreciate it!!

dan dan dan gambar gambar d bawah ni adalah gambar tie besama kawan kawan baik tie. alhamdulillah. happy sangat bila semua datang. zaza, dilla, aya dan farah. cuma pieka dan linn jerk yang tak datang. pieka tak dapat datang sebab ader class and linn pulak sebab die dah kat Paris.

wif zaza and farah

zaza, dilla and aya datang dari KL. sebab semua keje d KL kan. cuma farah jerk memang menetap d Perlis. dilla and aya bawak pasangan memasing. betambah meriah la acara begambar kitaorang :)


tie kawan dengan dilla, aya and farah dari form one lagik. alhamdulillah persahabatan kami kekal sampai sekarang. zaza pulak kawan time balaja d kelantan dulu. time tu tak rapat sangat. kami mula rapat lepas abes blaja, time tu kitaorang praktikal sesama. then mintak keje kat KL sesama, interview sesama, keje sesama, rumah sesama. meja kat office pun sebelah jerk. nasib baik laki tak sama. opss! aku gurau jerk zaza!

lagikk gambar besama bff







alhamdulillah. semua nya bejalan lancar. lepas kengkawan tie dah balik, orang pun dah tak ramai, kitaorang buat acara potong cake. time ni cameraman dah balik dah pun. so amik pic guna phone jerk la. time ni ada sedara dalam rumah tie jerk la.

indulgence cake from secret recipe

si suhaizal ni tak tengok camera pulak kan.
dah la ni satu2 nyer pic potong cake. nasib baik ader jugak :)
then, kitaorang makan reramai

done
selesai entry majlis pertunangan tie gadies dan suhaizal. syukur sesangat. even banyak persiapan last minute, kalut and bagai lah, tapi semua nyer bejalan dengan lancar jugak. alhamdulillah. terima kaih Ya Allah. tie minta maaf kat semua yang datang andai ada yang terkurang and tersalah. terima kasih jugak pada semua yang terlibat dan yang banyak membantu.

next entry, kiter tengok outdoor engagement photo pulak okeyh.
tak tertengok kalo letak gambar gambar tu dalam entry nih. memang bersepah sangat :)

p/s : untuk encik suhaizal, sila lihat d bawah
macam tak percaya kan tie dah jadi tunangan orang
apepun, tie doakan semoga hubungan ini akan kekal ke jinjang pelamin dan kekal sampai bila bila.

and for you hubby, memang awak bukan lelaki pertama yang saya kenal, tapi saya harap awak adalah lelaki terakhir dalam hidup saya. semoga segala impian kita akan tercapai dan semoga hubungan ini akan sentiasa d redhai Allah. aminn

4 comments:

Unknown said...

amboi...cam cerita kawin ...ni sampai part berapa ni??huhuhu

Unknown said...

ader sikit lagikk.. hahaha.. tunang kan sekali seumur hidup :)

linn said...

Opsss. Name makngah pon ade jgk =p.
Btw im happy 4 u my dear.
Sooo sedih xdpt join. Harap sgt tym wed nt aku ado. Nak gambar2 nk sembang2. Yuhuuu

Unknown said...

linn : mestilah ader syg. indu sgt!!
tq dear. doakan aku linn. yup hrp sgt ko dtg mjlis nant. ok dear :)